KEDIAMAN DI TASIK | Kediaman di tasik. Penduduk awal di Eropah kadangkala membina tempat kediaman di tasik atau di pinggir tasik atau caruk. Ahli sains menamakan rumah-rumah tersebut kediaman di tasik. Mereka membina rumah mereka di atas pelantar kayu yang didirikan di atas cerucuk atau tiang. | UMUM | |
RUMAH KEDIAMAN | Bangunan untuk diduduki oleh orang... | KEJURUTERAAN | Bangunan/Kota |
KEDIAMAN HAIWAN | Kediaman haiwan lihat Beruang (Anak beruang); Rubah (gambar); Serigala (Anak serigala). | UMUM | |
TENEMEN | Tenemen ialah satu istilah yang kerap digunakan untuk menerangkan tentang rumah kediaman yang sesak lagi usang. Tenemen juga merujuk kepada sebarang bangunan kediaman yang disewakan kepada dua atau lebih keluarga atau penyewa. Sebuah tenemen boleh merupakan sebuah bangunan kediaman lama yang diubahsuai untuk menempatkan keluarga yang berpendapatan rendah dengan kemudahan yang kurang bermutu. | UMUM | |
KASTIL | Kastil ialah tempat kediaman dan kubu kuat seseorang tuan tanah feudal pada Zaman Pertengahan. Perkataan kastil (castle) berasal daripada perkataan Latin castellum, yang bermaksud kubu. Justeru, ada sesetengah kastil dikenali sebagai kubu. | UMUM | |
PONDOK BALAK | Pondok balak adalah salah satu tempat kediaman terawal yang dibina oleh peneroka Eropah di Amerika Utara. Pondok balak merupakan tempat berlindung kepada manusia yang tinggal di kawasan hutan dan kekurangan alat pertukangan. Pondok balak ini menjadi lambang kesukaran dan nilai-nilai baik yang menentukan sempadan hidup. Ramai orang Amerika yang terkemuka termasuklah lima orang presidennya iaitu Andrew Jackson, James Polk, James Buchanan, Abraham Lincoln dan James Garfield dengan bangganya mengaku dilahirkan di petempatan seperti ini. | UMUM | |
RUMAH KEDAI | Bangunan yang menempatkan ruang perniagaan di tingkat bawah dan ruang kediaman di tingkat atas. | KEJURUTERAAN | Bangunan/Kota |
DOWNING STREET | Downing Street, di Westminster, London ialah tempat terletaknya kediaman rasmi Perdana Menteri United Kingdom dan Canselor Exchequer. | UMUM | |
SUBBANDAR | Subbandar ialah daerah di luar kawasan bandar raya atau bandar. Banyak subbandar menjadi kawasan kediaman yang kebanyakannya didiami penduduk yang berulang-alik untuk bekerja di bahagian pusat bandar. Sesetengah subbandar merupakan kawasan perindustrian dan mengandungi kilang, pejabat, dan pusat membeli-belah yang besar. | UMUM | |
THE HAGUE | The Hague (pend. 449 338; pend. kaw. met. 677 962) ialah pusat pemerintahan kerajaan Belanda, dan tempat rasmi kediaman diraja. Nama rasminya dikenali Gravenhage yang bermaksud pagar bangsawan. Kebanyakan perjanjian penting di Eropah ditandatangani di The Hague. | UMUM | |