KEDIDI | Kedidi ialah nama yang diberi kepada sebilangan besar burung. Tetapi nama ini biasanya merujuk kepada jenis tertentu burung kecil yang paruhnya panjang dan peka. Burung ini hidup di pantai di semua bahagian di dunia, dan banyak spesiesnya membuat sarang di utara Lingkaran Artik. | UMUM | |
PHALAROPE | Phalarope ialah burung kecil bak burung kedidi yang membiak di Hemisfera Utara dan menghabiskan musim sejuk di Hemisfera Selatan. Phalarope kelabu dan phalarope leher merah membiak di kawasan Artik dan sub-Artik. Burung ini menghabiskan musim sejuk di laut lepas di Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik. | UMUM | |
SANDERLING | Sanderling ialah burung yang tergolong dalam famili yang sama dengan berkek dan kedidi. Ia berbeza daripada burung-burung ini kerana ia hanya mempunyai tiga jari kaki. Sanderling membiak di pantai Artik dan tundra dan mengembara ke selatan pada musim sejuk. | UMUM | |
RUFF | Ruff ialah kedidi, yang berasal dari Hemisfera Timur. | UMUM | Umum |