Perubahan sosial bermaksud sebarang perubahan besar dalam struktur sebuah masyarakat. Perubahan jangka pendek, seperti perubahan dalam kadar pengangguran, tidak akan mengakibatkan perubahan sosial. Begitu juga halnya dengan kegemaran dan minat baru yang sementara, fesyen, dan perubahan sementara dalam perkembangan idea dan tingkah laku tidak dianggap sebagai perubahan sosial. Perlantikan sebuah kerajaan baru juga bukan merupakan satu perubahan sosial. Walau bagaimanapun, menggantikan sebuah kerajaan yang dilantik dengan sebuah kerajaan yang berbentuk kediktatoran akan mengubah struktur kerajaan tersebut, dan dengan ini merupakan satu perubahan sosial. Kebanyakan ahli sosiologi mengiktiraf empat jenis perubahan sosial. |