POINCARÉ (JULES)-HENRI | Poincaré (Jules)-Henri (1854–1912), ahli falsafah dan matematik Perancis yang menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan ilmu matematik dan fizik. Dia lahir di Nancy dan memperoleh ijazah kedoktoran dari Ecole National ‘Superieure de’ Mines, Paris, pada tahun 1879. | UMUM | |
TELLER, EDWARD | Teller, Edward (1908–2003) ialah ahli sains atom Amerika yang terkemuka, yang sering dikenali sebagai bapa bom hidrogen. Usahanya dalam bidang fizik nuklear telah membawa kepada pembuatan bom-H pada tahun 1952. Teller lahir pada 15 Januari 1908 di Budapest, Hungary. Dia menerima ijazah kedoktoran dalam bidang fizik dari University of Leipzig, Jerman, pada tahun 1932. Dia menyertai projek bom atom masa perang di Amerika Syarikat pada tahun 1941. Dia bekerja dengan Makmal Kebangsaan Los Alamos (New Mexico) sehingga tahun 1952. Kemudian dia menyertai Lawrence Livermore Laboratory, iaitu pusat penyelidikan di Livermore, California, yang khusus untuk mereka bentuk senjata nuklear. Teller juga bertugas sebagai profesor fizik di University of California dari tahun 1953 hingga tahun 1975. Dia adalah pengarah makmal Livermore dari tahun 1958 hingga tahun 1960 dan pengarah bersekutu dari tahun 1972 hingga tahun 1975. | UMUM | |
PIJNAPPEL, J. | PIJNAPPEL, J. ( ? - ? ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Belanda. Pijnappel banyak menyumbangkan karya tentang bahasa Melayu. Kebanyakan karya yang dihasilkan ditulis dalam bahasa Belanda. Setelah menerima Ijazah Kedoktoran, Pijnappel banyak menerima undangan untuk membentangkan kertas kerja. Kertas kerjanya yang berjudul “Over de Wortel in de Maleisch Taal” telah dibentangkan di Polynesienne of the Oriental Congress di Leiden pada bulan September 1883. | BAHASA | Tokoh |
IWAN SIMATUPANG | IWAN SIMATUPANG (1928-1970), penulis Indonesia. Dia lahir di Sibolga, Sumatera Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Iwan Martua Lokot Dongan Simatupang. Dia belajar ilmu kedoktoran di Surabaya, antoropologi dan drama di Belanda dan falsafah di Perancis. Dia pernah bertugas di Akademi Teater Nasional Indonesia (ATNI), Bandung sebagi pensyarah, di Pingkan Film Corporation dan Zebra Film, dan sebagai wartawan di Jakarta. | SASTERA | Tokoh |
SEMINARI | Seminari ialah kolej untuk melatih bakal paderi dan pemimpin gereja dan lain-lain pertubuhan keagamaan. Ia juga dikenali sebagai kolej teologi atau sekolah deviniti, dan merupakan sebuah institutsi peringkat ijazah. Pelajar seminari pada amnya mempelajari doktrin, sejarah, falsafah dan tulisan kitab suci mengenai agama mereka. Ramai juga yang mempelajari mata pelajaran amali, seperti psikologi pastoral, pendidikan agama, ibadat dan berdakwah. Seminari di beberapa negara biasanya menawarkan ijazah lanjutan, seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Sesetengah kumpulan keagamaan pula menganugerahkan diploma, lesen atau sijil bagi menggantikan ijazah. | UMUM | |
DARUL ISLAM | DARUL ISLAM, gerakan untuk mendirikan negara Islam secara kekerasan di Indonesia. Gerakan Darul Islam muncul setelah Republik Indonesia Syarikat terbentuk (1950). Gerakan pertama muncul di Jawa Barat (1949-1962), dipimpin oleh S.M. Kartosuwirjo, seorang mahasiswa kedoktoran yang aktif dalam politik dan menyertai Sarekat Islam. Pada tahun 1940, dia mendirikan Institut Suffah di Garut, Jawa Barat. Pada peringkat awal revolusi, dia menjadi pemimpin gerila Hizbullah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MURSAL ESTEN | MURSAL ESTEN (1941- ), pengkaji dan pengkritik sastera Indonesia. Dia lahir pada 5 September 1941 di Solok, Sumatera Barat, Indonesia. Mursal mendapat pendidikan di Fakultan Keguruan Seni Sastra, Institut Keguruan Ilmu Pendidikan (FKSS-IKIP) Padang sehingga berjaya mendapat ijazah Sarjana Sastera dan mendapat ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang kesusasteraan di Universitas Indonesia (1990). | SASTERA | Tokoh |
SYEIKH AHMAD AL-FATANI | Syeikh Ahmad al-Fatani (1856–1908) ialah ulama Thailand. Dia lahir pada 10 April 1856 di Kampung Sena Janjar, Pattani. Nama penuhnya ialah Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa bin Muhammad Al-Pattani. Ketika berusia empat tahun, dia mengikuti keluarganya berpindah ke Makkah. Semasa berada di Makkah, dia sangat rajin belajar. Ketika berusia 12 tahun, dia telah dapat menguasai ilmu tatabahasa Arab (ilmu Nahwu). Dia berpindah ke Baitulmuqaddis selama dua tahun dan belajar ilmu kedoktoran/ilmu tabib. Dia dikatakan adalah orang Melayu pertama yang mahir dalam bidang ilmu tabib dan menerima pendidikan khas dalam bidang ini. | UMUM | |
SALMA ISMAIL, TAN SRI | SALMA ISMAIL, Tan Sri (1918 - ), doktor wanita Melayu yang pertama. Dia lahir pada 19 Disember 1918 di Alor Setar, Kedah. Salma telah menempa nama dalam profesion kedoktoran melalui beberapa rangkaian kliniknya yang dikenal sebagai ‘Klinik Salma’. | BUDAYA | Tokoh |
TAUFIQ ISMAIL | TAUFIQ ISMAIL (1937- ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 25 Jun 1937 di Bukittinggi, Sumatera Barat. Dia mendapat pendidikan sekolah dasar di Yogyakarta (1948), sekolah menengah pertama di Bukittinggi (1952), sekolah menengah atas di Pekalongan (1956), dan Falkutas Kedoktoran Haiwan Universitas Indonesia di Bogor (1963). | SASTERA | Tokoh |