ORTODONTIK | Ortodontik merupakan satu cabang bidang pergigian yang mencegah dan membetulkan kedudukan gigi yang tidak tersusun. Selain mencacatkan penampilan diri, kedudukan gigi yang tidak tersusun sukar dibersihkan. Oleh itu, gigi lebih mudah rosak dan menyebabkan penyakit gusi [lihat Gigi (Penyakit Periodontal)]. Ia juga menyebabkan masalah kunyahan dan pertuturan. | UMUM | |
ZENIT | Zenit, dalam ilmu astronomi, ialah titik di langit yang terletak tepat di atas seseorang yang berdiri di permukaan bumi. Zenit terletak pada sfera samawi, tetapi kedudukannya berbanding dengan kedudukan bintang bergantung pada kedudukan geografi orang itu. | UMUM | |
SAUH | Sauh ialah benda berat yang digunakan untuk menetapkan kedudukan kapal atau bot. Jenis sauh yang paling biasa dibuat daripada besi atau keluli. Tali atau rantai besi, yang dinamakan kabel sauh, dilekatkan pada sauh dan seterusnya diikat pada kapal. Apabila sauh diturunkan ke dasar air, ia terbenam ke dalam lumpur untuk menetapkan kedudukan kapal. Kebanyakan kapal besar membawa dua atau lebih sauh. Sauh-sauh ini mesti dinaikkan dan diturunkan oleh win (mesin hela). Membongkar sauh bermakna menarik sauh dari air | UMUM | |
POSTUR | Postur ialah kedudukan tubuh seseorang ketika berdiri atau duduk. Postur ditentukan oleh keupayaan seseorang mengekalkan keseimbangan terhadap daya graviti, yang menarik tubuh secara berterusan ke bawah. Tindakan sesetengah otot tertentu mengekalkan tubuh supaya tegak lurus. Otot ini termasuk otot yang menahan belakang, pinggul dan lutut daripada bengkok. Disebabkan oleh tindakan tolak ansur dengan tarikan graviti dan juga tindakan otot, maka postur ialah keadaan yang dinamik dan sentiasa berubah. | UMUM | |
PERIHELION | Perihelion ialah kedudukan sesebuah planet atau komet semasa ia berada paling hampir dengan matahari. Di Hemisfera Utara, bumi berada paling dekat dengan matahari pada pertengahan musim dingin. | UMUM | |
PERAYAUAN KUTUB | Perubahan ketara kedudukan titik kutub magnet Bumi terhadap masa. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
KELAS SOSIAL | Kelas sosial ialah sekumpulan orang ramai dalam sesebuah masyarakat yang berkongsi kedudukan sosial yang sama. Kelas sosial wujud kerana manusia biasanya mengelompokkan masyarakat ke dalam pelbagai kumpulan yang berbeza berdasarkan faktor kekayaan, kuasa, darjat, keturunan, agama, dan kerjaya. Kerap kali manusia membuat perbezaan kedudukan ini di dalam fikiran mereka dengan menganggap sesetengah mereka “lebih baik” daripada yang lain. Ahli sains sosial menamakan kumpulan ini sebagai kelas sosial dan menganggap proses pengelompokan sosial sebagai stratifikasi sosial. | UMUM | |
NEPOTISME | Nepotisme ialah amalan memberikan kedudukan yang penting dalam politik atau perniagaan kepada ahli keluarga sendiri. Perkataan nepotisme berasal daripada perkataan Latin, nephew. | UMUM | |
PICKETT, GEORGE EDWARD | Pickett, George Edward (1825–1875) adalah tentera Jeneral Gabungan dalam Perang Saudara Amerika. Peranannya dalam Pertempuran Gettysburg meletakkannya dalam kedudukan sebagai salah satu peristiwa besar dalam sejarah Amerika. Pada 3 Julai 1863, Cemetery Ridge merupakan satu kunci utama kepada kedudukan Tentera Kesatuan. Pasukan tentera pimpinan Pickett menyerbu ke atas bukit ketika menghadapi bedilan senjata berat yang hebat dan berjaya memecahkan barisan Tentera Kesatuan. Para askar berjuang bermati-matian tanpa sebarang bantuan daripada negeri-negeri Gabungan yang lain. Akhirnya tenteranya berundur setelah mengalami kekalahan teruk. | UMUM | |
SOLSTIS | Solstis ialah satu daripada dua ketika yang berlaku setiap tahun apabila matahari berada pada kedudukan paling utara atau paling selatan. Matahari muncul tepat di atas kepala di garisan lintang yang berubah-ubah sepanjang tahun disebabkan oleh kecondongan paksi putaran bumi. Paksi itu condong pada sudut 2327 dari satah orbit bumi yang mengelilingi matahari. Solstis musim panas berlaku apabila matahari tiba di titik paling utara, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Sartan (garisan lintang 2327 utara). Sewaktu solstis musim sejuk pula, matahari muncul pada kedudukan yang paling selatan, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Jadi (garis lintang 2327 selatan). | UMUM | |