MESA | Mesa ialah bukit atau gunung yang terpencil kedudukannya dan mempunyai puncak rata dengan lereng yang curam seperti meja. Mesa ialah perkataan Sepanyol yang bererti meja. Mesa terdapat di kawasan beriklim kering. | UMUM | |
SURAPATI | Surapati ( ? –1706), perajurit dari Bali, yang meningkat kedudukannya daripada hamba, sehingga menjadi seorang pemerintah separuh merdeka di sebuah wilayah di Pulau Jawa pada tahun 1600-an. Pada masa itu, Syarikat Hindia Timur Belanda telah menguasai kepulauan itu yang kini membentuk negara Indonesia. Orang Belanda menganggap Surapati satu daripada musuh mereka yang banyak menimbulkan masalah. | UMUM | |
ANTIPOD | Antipod ialah dua tempat yang betul-betul bertentangan kedudukannya antara satu dengan yang lain pada glob. Kata ini asalnya kata Yunani yang bermaksud kaki ke kaki . Dua orang yang berdiri di antipod akan bertemu tapak kaki masing- masing. Kawasan yang terletak di sekitar Australia dan New Zealand biasanya dikenal sebagai antipod. Orang Inggeris adalah yang mula-mula sekali menggunakan istilah antipod kerana kedua- dua negara itu terletak hampir bertentangan dengan England. | UMUM | |
ANDHRA PRADESH | Andhra Pradesh ialah negeri besar di tenggara India. Kedudukannya di tengah-tengah semenanjung India, dalam lingkungan kawasan tropika. | UMUM | |
AMRITSAR | Amritsar (pend. 709 456) ialah bandar di Punjab, negeri di utara India. Untuk mengetahui kedudukannya, lihat India (peta politik). Orang Sikh, yang mengamalkan agama Sikhisme India, menghormati Amritsar sebagai sebuah bandar suci. Kebanyakan penduduk Amritsar orang beragama Hindu, tetapi sebahagian besar orang Sikh juga tinggal di bandar ini. Kawasan luar bandar di sekitarnya pula didominasi oleh petani Sikh. | UMUM | |
ZENIT | Zenit, dalam ilmu astronomi, ialah titik di langit yang terletak tepat di atas seseorang yang berdiri di permukaan bumi. Zenit terletak pada sfera samawi, tetapi kedudukannya berbanding dengan kedudukan bintang bergantung pada kedudukan geografi orang itu. | UMUM | |
REIMS | Reims (pend. 185 164; pend. kaw. met. 206 362) ialah kota berkubu di utara Perancis. Ia terletak di Sungai Vesle kira-kira 158 kilometer di timur laut Paris. Bagi mengetahui kedudukannya, lihat Perancis (peta politik). Keindahan Reims tertumpu pada katedralnya yang mula dibina pada tahun 1200-an dan siap pada tahun 1430. Tinggi katedral ini melebihi kawasan perumahan sekitarnya. | UMUM | |
NEWTON, SIR ISAAC | Newton, Sir Isaac (1642–1727) ialah ahli sains astronomi, dan matematik Inggeris, yang mencipta sejenis matematik baru, menemui rahsia cahaya dan warna, dan menunjukkan bagaimana alam semesta berada dalam kedudukannya. Dia kadangkala dikenali sebagai “salah seorang tokoh yang paling agung dalam sejarah pemikiran manusia” kerana sumbangannya yang besar terhadap matematik, fizik, dan astronomi. | UMUM | |
PERTEMPURAN PANIPAT | Pertempuran Panipat berlaku di sekitar Panipat, kini sebuah bandar di India dalam daerah negeri Haryana. Ia terletak di dataran terbuka Sungai Jumna (Yamuna) kira-kira 80 kilometer di utara Delhi. Kedudukannya mengawal kemasukan ke Delhi, dan ia menjadi tempat berlaku beberapa peperangan yang penting. | UMUM | |
STATUE OF LIBERTY | Statue of Liberty, salah sebuah mercu tanda yang terkenal di Amerika Syarikat. Ia terletak di New York City. Mercu tanda ini merupakan sebuah arca tembaga yang berdiri megah di Pulau Liberty. Kedudukannya ialah di jalan masuk ke Pelabuhan New York. Patung seorang perempuan berjubah yang memegang obor ini sangat terkenal dan ia adalah salah sebuah patung terbesar yang pernah dibina. Nama lengkap patung ini ialah Liberty Enlightening the World. | UMUM | |