DIMENSI KEEMPAT | Dimensi keempat. Biasanya, kita memikirkan ruang terdiri daripada tiga dimensi: panjang, lebar dan tinggi. Sebuah kotak berukuran 6 meter panjang, 4 meter lebar, dan 2 meter tinggi boleh digambarkan oleh set nombor yang tertib (6, 4, 2). Set sedemikian juga boleh digunakan untuk memerihalkan kedudukan suatu titik dalam ruang– contohnya, kedudukan sebuah kapal terbang. Namun, ketiga-tiga nombor ini tidak dapat mewakili kedudukan kapal terbang yang sedang bergerak. Untuk menandakan kapal terbang yang sedang dalam penerbangan pada kedudukan tertentu, seperti (6, 4, 2), kita perlukan dimensi keempat, iaitu masa. | UMUM | |
D | D ialah huruf yang keempat dalam abjad Inggeris. D juga merupakan huruf yang keempat dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit, yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. | UMUM | |
RABU | Rabu ialah nama hari keempat dalam seminggu. Dalam bahasa Inggeris hari Rabu disebut Wednesday . Hari tersebut mendapat namanya daripada Woden, atau Odin, iaitu ketua dewa dalam mitologi Teutonik yang dianggap suci. Pada awal era Kristian, orang Jerman menggelarnya hari Woden. Kemudian, nama tersebut ditukar kepada Wednesday. Orang Rom menamakan hari keempat dalam seminggu ini sempena planet Utarid (Mercury), yang dipercayai mengawal jam pertama pada hari itu. Planet itu pula telah dinamakan sempena dewa Merkuri. Dari sinilah timbulnya perkataan Latin Dies Mercurii . Bahasa Rom yang berasaskan bahasa Latin masih mengekalkan nama ini. Contohnya bahasa Perancis menggelar Wednesday sebagai mercredi . Rabu berasal daripada bahasa Arab al- Arbi‘a’ , iaitu hari keempat dalam seminggu. | UMUM | |
APRIL | April ialah bulan keempat dalam setahun, mengikut kalendar Gregory, yang digunakan hampir di seluruh dunia pada hari ini. Orang Rom menamakan bulan ini Aprilis . Nama ini mungkin berasal daripada perkataan yang bermakna membuka , atau mungkin berasal daripada Aphrodite , nama Yunani bagi dewi cinta. April ialah bulan kedua dalam kalendar Rom awal, tetapi April menjadi bulan keempat apabila Julius Caesar mengkaji semula kalendar pada tahun 46 S.M. | UMUM | |
QIYAS | Sumber keempat perundangan Islam yang disepakati oleh jumhur ulama sunnah. | AGAMA | Konsep |
RABIULAKHIR | Rabiulakhir ialah bulan keempat mengikut takwim Hijrah. Bulan ini dinamakan Rabiulakhir kira-kira pada tahun 412 M. Semasa zaman Kilab ibn Murrah, iaitu moyang kelima Rasulullah s.a.w., bulan Rabiulawal dan Rabiulakhir juga dikenali sebagai Rabi’ayni (dua Rabi’). | UMUM | |
TABRIZ | Tabriz (pend. 852 296 ) ialah bandar yang keempat terbesar di Iran. | UMUM | |
MOTHERING SUNDAY | Mothering Sunday ialah hari Ahad keempat Lent , di England. Pada hari tersebut, para ibu menerima jambangan bunga dan hadiah daripada anak-anak mereka. Anak yang tinggal jauh akan balik untuk melawat ibu mereka pada hari tersebut. | UMUM | |
SUNGAI ZAMBEZI | Sungai Zambezi ialah sungai yang keempat terpanjang di Afrika selepas Sungai Nil, Sungai Congo, dan Sungai Niger. Sungai Zambezi berpunca di Zambia, berhampiran sempadan Zaire dengan Angola. Sungai tersebut mengikut aliran yang berliku-liku sejauh 2736 kilometer, memisahkan Zambia daripada Zimbabwe dan merentasi Mozambique dan mengalir masuk ke Terusan Mozambique [lihat Afrika (peta)]. Sungai Zambezi mempunyai banyak cabang dan menyalirkan kawasan lebih daripada 1 300 000 kilometer persegi. | UMUM | |
AMERIKA SELATAN | Amerika Selatan ialah benua keempat terbesar selepas Asia, Afrika, dan Amerika Utara dari segi keluasan dan yang kelima selepas Asia, Eropah, Afrika, dan Amerika Utara dari segi jumlah penduduk. Amerika Selatan meliputi kira-kira 12 peratus daripada keseluruhan daratan dunia dan menampung kira-kira enam peratus daripada keseluruhan penduduk dunia. Benua ini terbahagi kepada 12 negara merdeka dan dua unit politik yang lain. | UMUM | |