Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ge.ma.ran] | کݢمرن

Definisi : kesukaan, kegembiraan: barang-barang ~ perempuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ge.ma.ran] | کݢمرن

Definisi : apa-apa yg digemari atau disukai; kesukaan: ~ nenek moyang kita pd zaman lampau ialah membaca syair. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegemaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SWEET PEA

Sweet pea ialah bunga taman kegemaran yang

tergolong dalam famili yang sama dengan famili

kacang pis. Sweet pea ditanam kerana kecantikan

dan keharuman bunganya. Bunga sweet pea

berwarna biru, merah, samar, ungu atau putih.

Sesetengahnya kelihatan seperti rama-rama.

Terdapat lebih daripada 1000 jenis sweet pea. Pada

sesetengahnya, kelopak bunganya licin dan bak

baldu. Pada yang lain, bunganya berkedut-kedut

dan berombak-ombak. Tumbuhan ini mungkin

kerdil, yang tumbuh berhampiran dengan tanah

atau memanjat, yang tumbuh di sepanjang tali atau

junjung. Terdapat juga banyak jenis tumbuhan saka

yang menarik dari selatan Eropah. Misalnya,

everlasting pea tumbuh liar di United Kingdom.

Bunganya besar dan berwarna samar magenta.

UMUM 
SUSU

Susu, makanan paling berkhasiat dan minuman

kegemaran ramai di seluruh dunia. Susu

mengandungi hampir semua nutrien (bahan

berkhasiat) yang diperlukan oleh manusia untuk

tumbesaran dan kesihatan. Ini kerana susu

mengandungi kandungan nutrien yang sangat

tinggi dan membolehkannya berfungsi sebagai

sebuah pasukan untuk membantu mengekalkan

kekuatan dan kesihatan tubuh.

UMUM 
KUCING

Kucing ialah haiwan kesayangan kegemaran

manusia di seluruh dunia. Kucing adalah pintar

dan mempunyai sifat berdikari. Haiwan kecil

ini juga suka bermain-main dan menghiburkan.

Banyak kucing dijadikan haiwan kesayangan

yang penyayang, setia, dan menjadi teman bagi

manusia semua peringkat umur.

UMUM 
EULENSPIEGEL, TILL

Eulenspiegel, Till ialah badut yang senda

guraunya menjadi bahan kegemaran penulis dan

ahli muzik.

UMUM 
NASTURTIUM

Nasturtium ialah nama biasa bagi sekumpulan

tumbuhan saka yang berasal dari kawasan tropika

Amerika. Nasturtium adalah bunga taman

kegemaran. Ia adalah tumbuhan tahunan yang

tumbuh menjalar atau memanjat yang tingginya

mungkin kira-kira tiga meter. Bunganya berwarna

kuning, jingga atau merah.

UMUM 
PERUBAHAN SOSIAL

Perubahan sosial bermaksud sebarang

perubahan besar dalam struktur sebuah masyarakat.

Perubahan jangka pendek, seperti perubahan dalam

kadar pengangguran, tidak akan mengakibatkan

perubahan sosial. Begitu juga halnya dengan

kegemaran dan minat baru yang sementara, fesyen,

dan perubahan sementara dalam perkembangan

idea dan tingkah laku tidak dianggap sebagai

perubahan sosial. Perlantikan sebuah kerajaan baru

juga bukan merupakan satu perubahan sosial. Walau

bagaimanapun, menggantikan sebuah kerajaan yang

dilantik dengan sebuah kerajaan yang berbentuk

kediktatoran akan mengubah struktur kerajaan

tersebut, dan dengan ini merupakan satu perubahan

sosial. Kebanyakan ahli sosiologi mengiktiraf empat

jenis perubahan sosial.

UMUM 
AUTRY, GENE

Autry, Gene (1907–1998), penyanyi, pelakon,

penulis lagu, dan eksekutif perniagaan Amerika. Dia

menjadi terkenal kerana peranannya sebagai

seorang penyanyi koboi di dalam filem-filem Barat

dari tahun 1930-an hingga tahun 1950-an. Orvon

Gene Autry lahir di Tioga, berdekatan Pilot Point,

Texas, Amerika Syarikat. Dia mula merakamkan lagu-

lagu koboi pada tahun 1929 dan mencipta rekod

kegemaran ramai “That Silver-Haired Daddy of

Mine”, buat kali pertamanya, pada tahun 1931. Autry

menulis lebih daripada 250 buah lagu, termasuk

yang menjadi kegemaran ramai seperti “Tears on

My Pillow” (1941) dan “Here Comes Santa Claus”

(1947). Dia juga membuat rakaman popular lagu

“Back in the Saddle Again” (1939), “Rudolph the Red-

Nosed Reindeer” (1949), “Frosty the Snowman“ (1950)

dan “Peter Cottontail” (1950).

UMUM 
STEVENSON, ROBERT LOUIS

Stevenson, Robert Louis (1850–1894) ialah

novelis, penulis esei, dan penyair Scotland yang

menjadi salah seorang penulis yang paling terkenal

di dunia. Cerita pengembaraannya seperti Treasure

Island dan Kidnapped sudah lama menjadi

kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Esei dan buku kembaranya dianggap sebagai model

gaya prosa Inggeris yang sofistikated, manakala

puisinya yang lembut dan mudah seperti A Child’s

Garden of Verses merupakan karya yang terbaik

dalam sastera kanak-kanak.

UMUM 
OAK HIDUP

Oak hidup ialah oak malar hijau yang cantik yang

tumbuh di sepanjang pantai tenggara di Amerika

Syarikat. Pokok ini tumbuh setinggi kira-kira 15

meter. Dahannya yang mendatar membentuk silara

yang merendang, rimbun. Daunnya yang berwarna

gelap, berkilat dan lonjong mungkin lima sentimeter

hingga 13 sentimeter panjangnya. Oak hidup adalah

pokok kegemaran bagi laman dan tepi jalan kerana ia

tahan terhadap kerosakan akibat ribut, serangga dan

penyakit. Kayunya kuat dan digunakan untuk membuat

kapal.

Pengelasan saintifik. Oak hidup adalah anggota

famili bic, Fagaceae. Ia adalah Quercus virginiana.

Lihat juga Oak; Pokok.

UMUM 
SETTER IRELAND

Setter Ireland atau yang sering dikenali

sebagai setter merah, ialah anjing yang menarik,

yang bulunya berwarna merah keperangan.

Bulunya berwarna merah atau merah dengan

tanda-tanda putih pada dahi, dada dan kaki.

Setter Ireland merah ialah setter yang biasa

didapati. Di sesetengah negara, setter berbulu

merah lebih disukai untuk pertunjukan anjing.

Di Ireland, tempat asal baka setter Ireland,

tiada warna kegemaran untuk pertunjukan

anjing.

UMUM 
12

Kembali ke atas