YUNANI PURBA | Yunani Purba ialah tempat lahir tamadun Barat kira-kira 2500 tahun lalu. Kegemilangan kerajaan orang Yunani purba dalam bidang sains, falsafah, dan kesenian terus mempengaruhi kehidupan kita kini. | UMUM | |
KIDUNG | KIDUNG, puisi yang digunakan pada zaman kesusasteraan Jawa Pertengahan, iaitu pada zaman kegemilangan Majapahit sehingga abad ke-17. Kidung juga dikenal sebagai tembang atau nyanyian. Pada zaman kesusasteraan Jawa Kuno yang bermula lebih kurang pada abad ke-8 hingga awal kerajaan Majapahit. Bentuk puisi yang digunakan ialah ‘kakawin’ manakala dalam zaman kesusasteraan Jawa baru pula ialah `tembang macapat’. | SASTERA | Konsep |
MAC | Mac ialah gabungan muzik yang sangat berirama yang dimainkan untuk mengiringi perbarisan. Lagu- lagu berirama mac bertujuan untuk menaikkan semangat pasukan tentera, menambahkan keceriaan dan kegemilangan dalam acara sukan, dan meningkatkan martabat upacara rasmi. Selain itu, persembahan tarian balet opera, dan karya klasik dimuatkan dalam mac. | UMUM | |
DINASTI GUPTA | Dinasti Gupta ialah satu siri pemerintahan daripada satu keluarga yang memerintah utara India kira-kira pada tahun 320 M hingga tahun 500 M. Zaman Gupta ini dianggap sebagai zaman kegemilangan India. | UMUM | |
PERICLES | Pericles (490 – 429 S.M.) ialah negarawan Yunani yang namanya dikaitkan dengan tempoh paling gemilang dalam sejarah Athens purba. Dia ialah pemimpin kerajaan Athens selama lebih daripada 30 tahun. Zaman Pericles juga terdiri megah dengan kegemilangan seni dan sains dalam dunia purba. | UMUM | |
ACROPOLIS | Acropolis ialah pusat agama dan tentera sesebuah negara kota di Yunani purba. Orang Yunani biasanya membina kubu di atas bukit, yang dinamakan acropolis, di dalam atau dekat kota untuk pertahanan. Ia kerap merupakan tempat pertama yang diduduki. Semasa kegemilangan era Mycenaea (1400–1200 S.M.), istana raja biasanya dibina di atas bukit. Istana juga menjadi kubu tentera dan tempat perlindungan bagi warga kota semasa kecemasan. Kuil-kuil terpenting bagi negara kota juga dibina di sini, termasuk rumah berhala dewa mereka. | UMUM | |
BUKIT CHINA | BUKIT CHINA, kawasan yang pernah menjadi perkampungan rombongan puteri Hang Li Po yang diutus oleh Maharaja China pada zaman kegemilangan kerajaan Negeri Melaka, terletak di tengah-tengah bandar Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
OUDTSHOORN | Oudtshoorn (pend. 33 480) ialah sebuah kawasan pelancongan yang terletak di provinsi Cape Barat, Afrika Selatan. Oudtshoorn dikenali sebagai “ibu negeri bulu burung unta sedunia”. Dari tahun 1880 hingga tahun 1915, memakai bulu burung unta sebagai hiasan topi dan pakaian telah menjadi fesyen di seluruh dunia. Pada zaman kegemilangan ini, peladang tempatan memelihara lebih daripada 750 000 ekor burung unta. Kini, terdapat kira-kira 150 000 ekor burung ini yang dipelihara terutamanya untuk mendapatkan kulitnya yang dijadikan barangan kulit. Kini, peladang di daerah ini menanam alfalfa, bijirin, buah-buahan, tembakau, biji sayur-sayuran, dan walnut. Hasil tenusu, madu dan wain juga penting. | UMUM | |
PESISIR | PESISIR, kawasan pantai yang digunakan untuk menghuraikan kebudayaan sekelompok masyarakat di perairan Kepulauan Melayu. Konsep ini diperkenalkan oleh Pigeaud, sarjana Belanda, dalam bukunya Islamic States in Java (1938). Tamadun pesisir ini muncul pada zaman kegemilangan perdagangan rempah dari abad ke-14 hingga abad ke-18, apabila masyarakat di persisiran pantai berhubung dengan dunia luar melalui perdagangan antarabangsa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
CERITA PANJI | CERITA PANJI, cerita roman atau pengembaraan yang berasal dari Jawa. Inti cerita panji berpusat pada dua buah kerajaan Jawa kuno iaitu Kuripan dan Daha dengan watak utamanya Raden Inu Kertapati dan Raden Galuh Cendera Kirana. Cerita ini lahir pada Zaman Jawa Tengahan, iaitu pada zaman kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Majapahit di Jawa Timur. Meskipun terdapat cerita panji Melayu, Siam dan Kemboja, tetapi perbezaannya terletak hanya pada bahasanya, sedangkan ceritanya hampir tidak berbeza daripada cerita panji Jawa. | SASTERA | Konsep |