Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegiatannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NADER, RALPH

Nader, Ralph (1934– ), peguam Amerika yang

terkenal kerana kegiatannya menentang amalan

perniagaan dan kerajaan yang dirasakannya

membahayakan kesihatan dan keselamatan awam.

Bukunya Unsafe at Any Speed (1965), mengkaji

industri kereta di Amerika Syarikat. Penggubalan

undang-undang standard keselamatan kereta baru di

Amerika Syarikat sebahagian besarnya ialah dari hasil

kerjanya.

UMUM 
RAPHAEL

Raphael (1483–1520), salah seorang daripada

pelukis yang paling agung dan berpengaruh pada

zaman Renaissance Itali. Lukisan bentuk badan

manusia yang lemah-gemalai dan gubahannya

yang berketerampilan itu mempengaruhi para ahli

seni lukis sehingga awal tahun 1900-an. Tempoh

kegiatannya masih lagi dikenali sebagai zaman

Renaissance Tinggi.

UMUM 
PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS)

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)

ialah syarikat minyak dan gas negara yang dimiliki

sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Ditubuhkan

pada 17 Ogos 1974, PETRONAS diperuntukkan

hak milik dan pengawalan sepenuhnya ke atas

semua sumber minyak dan gas Malaysia,

mengikut Akta Kemajuan Petroliam 1974. Sejak

penubuhannya, PETRONAS telah

mempelbagaikan kegiatannya daripada usaha

eksplorasi minyak serta gas di peringkat huluan

kepada aktiviti penapisan minyak, pemprosesan,

pencecairan dan penyaluran gas asli; pengeluaran

petrokimia; pemasaran dan pengangkutan di

peringkat hiliran. PETRONAS mempunyai

kepentingan perniagaan di lebih daripada 30

buah negara. Sehingga akhir bulan Mac 2002,

kumpulan PETRONAS terdiri daripada 73 anak

syarikat milik penuh, 21 anak syarikat milik

sebahagian dan 45 syarikat usaha sama.

UMUM 
MAS MARCO KARTODIKROMO

MAS MARCO KARTODIKROMO (1889-1932), nasionalis, wartawan dan penulis Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sumarko Kartodikromo. Dia lahir di Cepu, Jawa Tengah, Indonesia. Dia lebih terkenal dengan panggilan Mas Marco melalui tulisan dan kegiatannya dalam pergerakan antipenjajah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
GERAKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

GERAKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU, satu aliran kebangsaan dalam sejarah politik Melayu yang muncul pada dekad pertama abad ke-20. Gerakan ini mencapai kemuncak kegiatannya selepas Perang Dunia Kedua tamat.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ABRAHAM, WILLIAM

Abraham, William (1842–1922), tokoh politik dan

pemimpin kesatuan sekerja dari Wales. Dia lahir di

Cwmavon, Gwent, dan mula bekerja sebagai

pekerja lombong semasa berusia sembilan tahun.

Pada tahun 1871, dia menjadi wakil para pekerja

lombong dan berusaha beberapa tahun untuk

memperbaik kesatuan pekerja lombong. Sebagai

wakil ahli radikal Parti Liberal, dia dilantik menjadi

ahli parlimen pada tahun 1885. Abraham menyertai

Parti Buruh selepas pertubuhan kebangsaan pekerja

lombong bergabung dengan Parti Buruh pada

tahun 1909. Dia kekal sebagai ahli parlimen

sehingga tahun 1920. Abraham terkenal sebagai

pemidato dan mengambil bahagian dalam pesta

sastera budaya Wales yang dikenali sebagai

eisteddfods. Dia terkenal di Wales dengan nama 

Mabon sempena kegiatannya dalam pesta

eisteddfods.

UMUM 

Kembali ke atas