| MINYAK EUKALIPTUS | Minyak eukaliptus diperoleh daripada daun eukaliptus. Kegunaannya yang paling terkenal ialah sebagai ubat sapu dan semburan hidung bagi mereka yang menghidapi selesema. Minyak diasingkan daripada daunnya melalui penyulingan stim. | UMUM | |
| LETRIL | Letril ialah sejenis dadah yang dipertikaikan kegunaannya untuk merawat kanser. Kebanyakan pakar kanser menentang penggunaan letril kerana ia tidak terbukti berkesan dalam rawatan kanser. Namun begitu, mereka yang menyokong penggunaan letril mendakwa bahawa ia telah menghentikan kanser, malah memulihkan ramai penyakit kanser. | UMUM | |
| ANILINA | Anilina ialah kimia yang paling terkenal dengan kegunaannya dalam membuat pewarna. Anilina menjadi penting pada tahun 1856, apabila ahli kimia Inggeris William Perkin secara tidak sengaja membuat pewarna ungu daripada anilina. | UMUM | |
| ASPAL | Aspal ialah bahagian mineral hitam seperti simen dan terdapat dalam kebanyakan petroleum mentah. Kegunaannya adalah pelbagai. | UMUM | |
| ETANA | Etana ialah gas perindustrian yang penting. Ia diperoleh secara langsung daripada gas asli atau melalui penapisan petroleum. Kegunaannya yang paling penting adalah dalam penyediaan etilena. | UMUM | |
| ASID BORIK | Asid borik, juga dikenali sebagai asid boraksik ialah asid bukan organik yang lemah, yang paling dikenali kerana kegunaannya sebagai antiseptik. | UMUM | |
| SOSIALISME | Sosialisme ialah satu sistem ekonomi, gerakan politik dan teori sosial. Kebanyakan sosialis percaya bahawa kerajaan, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat tempatan, dan bukannya individu, yang sepatutnya memiliki sumber negara dan mengawal kegunaannya. Sosialisme juga menuntut pemilikan umum terhadap tanah, kilang dan sumber asas pengeluaran yang lain. | UMUM | |
| SYAL | Syal ialah butiran batuan enapan yang terhasil dari mampatan lumpur. Ia terdiri terutamanya daripada batu kuarza dan mineral yang ditemui di dalam tanah liat. Syal boleh pecah dengan mudah kepada lapisan nipis dan sama rata. Syal digali kerana kegunaannya untuk membuat batu-bata dan simen. Lihat juga Batuan; Batu loh; Syal minyak. | UMUM | |
| STRUKTUR HOMOLOG | Struktur homolog ialah struktur yang mempunyai persamaan yang penting dan terbentuk dengan cara yang sama. Contohnya, kaki sirip anjing laut dan kaki depan anjing mempunyai struktur asas yang sama. Kaki penyu dan sayap burung juga adalah homolog, tetapi kegunaannya berbeza. Organ yang mempunyai kegunaan yang sama tetapi tidak sama strukturnya dikatakan analog. Sayap burung dan sayap serangga adalah struktur analog. | UMUM | |
| MUSILAJ | Musilaj ialah sejenis bahan yang tebal dan lekit, yang biasanya dibuat dengan melarutkan gam di dalam air, atau cecair lain. Musilaj ialah sejenis pelekat dan boleh melekatkan dua bahan. Bahan kandungan yang tepat bagi sesuatu musilaj berbeza mengikut kegunaannya. Gam arab yang dilarutkan dalam air panas menghasilkan musilaj gam arab. Apabila aluminium sulfat ditambah pada larutan tersebut, pelekat yang terhasil boleh digunakan untuk melekatkan kertas pada kaca. Dekstrin (satu bahan yang diperbuat daripada kanji) dilarutkan ke dalam air sejuk untuk menghasilkan musilaj yang digunakan untuk stem pos. Glu dan gelatin juga digunakan untuk membuat musilaj. Lihat juga Gam arab; Glu. | UMUM | |