KEHAMILAN | Kehamilan ialah tempoh apabila seseorang wanita mengandung sebelum bersalin. Kehamilan bermula dengan konsepsi yakni persenyawaan telur oleh sperma dan berakhir dengan pelahiran, iaitu proses bersalin. | UMUM | |
KELAHIRAN PRAMATANG | Kelahiran pramatang berlaku apabila seseorang wanita melahirkan anak sebelum kehamilannya mencapai tempoh sepenuhnya. Tempoh kehamilan ini berbeza-beza dari 37 hingga 42 minggu selepas tempoh haid terakhir seseorang wanita sebelum kehamilan. Dalam banyak kes, tempoh kehamilan setepatnya sukar ditentukan. Oleh itu, doktor juga menganggap seseorang bayi itu pramatang jika beratnya kurang daripada 2500 gram ketika lahir. | UMUM | |
AMNIOSENTESIS | Amniosentesis ialah prosedur perubatan yang kadangkala dilakukan ketika kehamilan untuk membantu menentukan kesihatan dan kematangan bayi dalam kandungan. | UMUM | Umum |
KEGUGURAN | Keguguran juga dikenali sebagai keguguran spontan, ialah penamatan kehamilan sama ada secara tidak sengaja atau semula jadi, sebelum sesuatu janin (bayi yang sedang membesar) boleh hidup di luar badan ibunya. | UMUM | |
KELAHIRAN BERGANDA | Kelahiran berganda ialah kelahiran lebih daripada seorang bayi daripada kehamilan yang sama. Kembar dua, kembar tiga, kembar empat dan kembar lima adalah kesemuanya contoh kelahiran berganda. Kebanyakan haiwan melahirkan lebih dari satu anak pada satu masa. Manusia biasanya melahirkan hanya seorang bayi pada satu masa. Rencana ini membincangkan kelahiran berganda pada manusia. | UMUM | |
SINDROM KESAKITAN RESPIRASI | Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa. Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes, akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara penyebab utama kematian di kalangan bayi pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan. | UMUM | |
KEMBAR LIMA | Kembar lima ialah lima orang bayi yang dilahirkan oleh seorang ibu pada masa yang sama. Kebanyakan ahli sains percaya bahawa kehamilan kembar lima ini berlaku hanya sekali dalam setiap 15 hingga 20 juta kelahiran. | UMUM | |
OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI | Obstetrik dan ginekologi adalah bidang perubatan penjagaan wanita, yang berkaitan dengan satu sama lain. Obstetrik adalah berkenaan dengan kehamilan, kelahiran, dan tempoh enam minggu selepas melahirkan anak. Doktor yang mengamalkan obstetrik dikenali sebagai ahli obstetrik . Ginekologi berkaitan dengan penyakit pembiakan wanita. Doktor yang mengamalkan ginekologi dikenali sebagai ahli ginekologi . Ramai doktor mengkhusus dalam bidang obstetrik dan ginekologi. | UMUM | |
MUNTAH | Muntah ialah perbuatan mengeluarkan isi perut melalui mulut. Muntah mungkin terjadi dari perkara yang kecil seperti makan berlebihan atau sesuatu yang serius seperti hampir mati. Muntah mungkin disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk kegelisahan, jangkitan bakteria, keradangan kimia dalam perut, kehamilan, radiasi, ulser, pergerakan yang luar biasa atau kesakitan yang teruk. Muntah biasanya didahului oleh loya, satu rasa kurang menyenangkan dalam perut. (Lihat Loya). | UMUM | |
SANGER, MARGARET | Sanger, Margaret (1883–1966) ialah pemimpin wanita gerakan kawalan kelahiran di Amerika Syarikat dalam awal tahun 1900-an. Pada waktu itu penyebaran maklumat atau alat kawalan kelahiran di Amerika Syarikat adalah menyalahi undang-undang. Sanger percaya bahawa orang perempuan sepatutnya mempunyai persamaan ekonomi dan sosial dengan orang lelaki. Untuk mencapai persamaan tersebut, dia berpendapat bahawa orang perempuan perlu mengelakkan kehamilan yang tidak dikehendaki. Sanger menubuhkan pertubuhan yang kemudiannya menjadi Persekutuan Keibubapaan Terancang Amerika (Planned Parenthood Federation of America), iaitu organisasi kawalan kelahiran yang utama di Amerika. Sanger mencipta istilah kawalan kelahiran yang dahulunya diken ali sebagai keibuan sukarela . | UMUM | |