| SANGHA | Merupakan nama yang diberikan kepada penempatan pengikut agama Buddha yanghidup bersama dan mengikut sepenuhnya ajaran-ajaran Buddha dalam kehidupan seharian mereka. | AGAMA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| KEJURUTERAAN MANUSIA | Kejuruteraan manusia ialah teknik mengaplikasi ilmu pengetahuan saintifik tentang tingkah laku manusia untuk membina pelbagai jenis peralatan yang digunakan oleh manusia dalam kehidupan seharian mereka. Ia juga dikenali sebagai kejuruteraan faktor manusia. Tujuan kejuruteraan manusia adalah untuk membuat mesin yang sesuai mungkin untuk kegunaan manusia. Jurutera faktor manusia cuba mereka bentuk mesin yang setanding dengan keupayaan dan pengehadan manusia. | UMUM | |
| MORISOT, BERTHE | Morisot, Berthe (1841–1895), pelukis Perancis dan ahli terkemuka dalam pergerakan impresionis. Kebanyakan lukisan Berthe Morisot mengisahkan wanita yang kerap bersama-sama dengan anak-anak mereka yang berlatarbelakangkan kehidupan seharian di rumah. Morisot melukis subjek yang tersebut dalam satu gaya yang cerah dan lembut. Berthe Morisot juga melukis landskap yang dipenuhi wanita dan kanak-kanak. Di samping lukisan minyak, dia juga dikenali dengan lukisan cat air dan pastel. | UMUM | |
| SUREALISME | Surealisme ialah pergerakan dalam bidang seni dan kesusasteraan. Ia diasaskan di Paris pada tahun 1924 oleh pemuisi Perancis, André Breton. Seperti dadaisme, punca bermulanya, surealisme menggunakan seni sebagai senjata melawan kedurjanaan dan batasan yang ahli surealisme lihat dalam masyarakat. Berbeza daripada dadaisme, walau bagaimanapun surealisme cuba mendedahkan satu hakikat baru dan lebih tinggi daripada kehidupan seharian. Surealisme ialah perkataan yang dicipta yang bermaksud super realisme. | UMUM | |
| BRUEGEL, PIETER, THE ELDER | Bruegel, Pieter, the Elder (1525?–1569) ialah pelukis Flemish. Dia melukis subjek agama dan gambaran kehidupan seharian, dan mencipta reka bentuk ukiran. | UMUM | |
| TEOLOGI | Teologi ialah kajian dan keterangan mengenai Tuhan ataupun pernyataan mengenai kepercayaan agama. Perkataan Inggeris theology berasal daripada perkataan Yunani theos (tuhan) dan logos (percakapan). Teologi mendalami persoalan seperti: “Adakah Tuhan wujud? Bagaimanakah sifat Tuhan? Apakah hubungan Tuhan dengan dunia dan penghuninya? dan Bagaimana manusia mengenali atau mengalami kewujudan Tuhan?” Sesetengah cabang teologi mengamati sejarah agama atau kajian kitab-kitab. Manakala cabang teologi yang lain pula mengamati pembelaan doktrin agama daripada pandangan yang bertentangan ataupun penerapan doktrin tersebut dalam kehidupan seharian. | UMUM | |
| ZAMAN PALEOLITIK | ZAMAN PALEOLITIK, peringkat Zaman Batu yang terawal. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud Zaman Batu Lama. Secara umumnya, zaman ini merujuk kepada tahap manusia membuat dan menggunakan peralatan batu secara besar-besaran (mungkin juga kayu) dalam kehidupan seharian mereka. Dari konsep geologi, Zaman Paleolitik bermula pada kala akhir Pliosen dan seterusnya memasuki dan berakhir di kala Pleistosen. Dari konsep argeologi, Zaman Paleolitik mengambil tempoh masa yang panjang iaitu daripada manusia mula wujud hingga sekitar 10 000 tahun dahulu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| SENJATA TRADISIONAL | SENJATA TRADISIONAL, alat yang digunakan oleh orang Melayu untuk melindungi diri daripada ancaman musuh dan juga membantu kerja-kerja seharian. Senjata Melayu boleh diklasifikasikan kepada beberapa pecahan jenis tertentu seperti senjata menikam, senjata yang digunakan oleh Orang Asli dan kaum peribumi seperti panah, tombak buluh, sumpitan, tugal dan beliung. Alat-alat ini amat berguna dalam kehidupan seharian. | BUDAYA | Alat/Alatan |