Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.hi.jauan] | کهيجاوان

Definisi : keadaan hijau: beberapa kawa­san yg dulunya megah dgn ~nya, kini telah berubah menjadi kawasan industri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.hi.jauan] | کهيجاوان

Definisi : 1 = kehijau-hijauan seakan-akan warna hijau; agak hijau warnanya. 2 keadaan atau sifat hijau: ~ sawah padi menenangkan fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kehijauan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERIDOT

Peridot ialah batu permata lut sinar yang biasanya

berwarna kehijauan kerana kandungan besinya.

Peridot ialah sejenis mineral biasa yang membentuk

batu-batan yang dikenali sebagai olivin. Tukang

emas memotong dan mencanai peridot berkualiti

tinggi untuk menghasilkan permata yang

mempunyai banyak segi. Peridot yang dipotong

dengan cara ini digunakan untuk membuat pelbagai

barang kemas yang indah-indah. Peridot yang

rendah sedikit mutunya dipotong berbentuk bulat

dikenali sebagai cabochon atau dikilatkan dengan

empelas dalam proses yang dikenali sebagai

tumbling . Batu permata jenis ini hanya digunakan

untuk membuat perhiasan kostum dan objek hiasan.

Peridot ialah salah satu daripada dua batu kelahiran

untuk bulan Ogos.

UMUM 
STRAWBERI

Strawberi ialah tumbuhan kecil dalam famili ros

yang ditanam untuk buahnya yang sedap

berbentuk hati. Strawberi tumbuh dekat dengan

permukaan tanah dan mengeluarkan bunga kecil,

putih yang berbau wangi. Buahnya putih kehijauan

pada mulanya dan menjadi merah terang apabila

masak. Ia adalah sumber vitamin C yang baik dan

sering dimakan segar dengan krim. Strawberi juga

ditinkan atau disejukbekukan atau digunakan untuk

membuat jem, jeli, dan wain.

UMUM 
POLLOCK

Pollock ialah makanan ikan yang berkaitan dengan

ikan kod. Ia terdapat di perairan pantai yang berbatu

di Lautan Atlantik Utara . Pollock membesar sehingga

antara 60 sentimeter hingga105 sentimeter panjang.

Bahagian belakangnya berwarna perang-kehijauan,

bawahnya pula berwarna cerah, dan ia mempunyai

rahang bawah yang memanjang keluar.

UMUM 
MIRTEL LILIN

Mirtel lilin ialah pokok renek atau pokok kecil

malar hijau yang berbau wangi, yang terdapat di

sepanjang pantai timur Amerika Syarikat. Ia juga

terdapat di Hindia Barat. Mirtel lilin tumbuh sehingga

11 meter tingginya dan mempunyai bunga yang kecil,

berwarna kehijauan. Daun yang berukuran lima

hingga 10 sentimeter diliputi bintik-bintik berwarna

merah bara hingga perang. Mirtel lilin ditanam

sebagai pokok hiasan dan tumbuh subur di tanah

yang lembap.

UMUM 
LIK RUMAH

Lik rumah, yang juga dinamakan hidup

selamanya, ialah sekumpulan tumbuhan sukulen

yang berkaitan dengan sedum. Daunnya yang

berisi cenderung membentuk roset yang padat.

Bunganya yang berbentuk bintang tumbuh pada

batang sehingga 30 sentimeter tingginya dan

berwarna putih kehijauan, warna ros, kuning

atau ungu.

UMUM 
OREN OSAGE

Oren Osage ialah pokok bersaiz kecil hingga

sederhana yang ditanam merentasi Amerika

Syarikat sebagai pagar pokok, pokok hiasan, dan

pokok teduhan. Ia pada asalnya didapati di Texas,

Oklahoma, dan Arkansas. Namanya merujuk

kepada Orang Asli Amerika Osage di kawasan itu,

dan kepada buahnya yang berwarna kuning

kehijauan, kelihatan seperti oren, tetapi tidak

boleh dimakan. Oren Osage kadangkala dikenali

sebagai bodark, bois d’arc, bowwood, atau hedge

apple.

UMUM 
OKRA

Okra, juga dikenali sebagai “bendi” atau “bender”

ialah tumbuhan yang ditanam kerana lenggainya

yang belum matang, yang digunakan untuk

memasak stew, untuk memekatkan sup dan

memperasakan sup, dan sebagai sayur. Ia adalah

tumbuhan tahunan. Tingginya 0.5 meter hingga 2.5

meter. Daunnya bulat, bercuping halus dan

bergerigi halus. Lenggai pada tumbuhan ini dan

bunganya berwarna kuning kehijauan. Panjangnya

dari 10 sentimeter hingga 15 sentimeter tetapi

kadangkala melebihi 30 sentimeter apabila

membesar sepenuhnya. Lenggai okra dimasak

ketika muda dan lembut. Okra adalah sejenis

bunga raya, dan ia berkaitan rapat dengan kapas.

Ia berasal dari Afrika.

Pengelasan saintifik. Okra tergolong dalam famili

mallow, Malvaceae. Ia adalah Hibiscus esculentus .

UMUM 
TALKUM

Talkum (formula kimia, Mg 3 Si 4 O 10 (OH) 2 ) ialah

mineral lembut yang terdapat dalam lapisan batu-batan

yang rata licin, dan dalam bongkah yang

padat. Ia terlalu lembut hinggakan ia boleh digores

dengan kuku, dan rasanya bersabun dan bergris.

Talkum adalah lut cahaya, yang bermakna bahawa

ia membenarkan cahaya melaluinya, tetapi ia tidak

lut sinar. Talkum berwarna putih, kehijauan atau

kelabu tua. Steatit (batu sabun) adalah talkum yang

padat. Ia digunakan sebagai bahan untuk ukiran di

Mesir dan China purba.

UMUM 
MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun ialah minyak yang wangi, boleh

dimakan, yang dibuat daripada buah zaitun. Ia

digunakan terutamanya sebagai kuah salad dan

sebagai minyak masak. Rasanya berbeza-beza,

daripada rasa manis hingga rasa hambar dan terdiri

daripada hampir keseluruhannya lemak tepu (lihat

Lemak). Kebanyakan minyak zaitun berwarna kuning

kehijauan cerah.

UMUM 
MULBERI

Mulberi ialah pokok hiasan yang buahnya berjus

dan berisi. Buahnya berwarna putih, merah, atau

ungu dan kelihatan seakan-akan beri hitam. Setiap

satunya terdiri daripada segugus buah kecil berbiji

satu. Buah ini menjadi tarikan burung, yang

memakannya dan menyebarkan bijinya. Sesetengah

jenis mulberi, terutamanya mulberi putih dan

mulberi hitam , ditanam untuk buahnya, yang dipetik

dan dimakan mentah atau dibuat jem dan wain.

Bunga mulberi berwarna putih kehijauan dan

tergantung bergugus-gugus. Ia didebungakan oleh

angin.

UMUM 
12

Kembali ke atas