BINTANG KEHORMAT, PINGAT, DAN DARJAH KEBESARAN | | UMUM | |
RUJUKAN KEHORMAT | kata yang digunakan untuk menyapa seseorang mengikut taraf sosialnya. | BAHASA | Konsep |
MAJLIS PRIVI | Majlis Privi ialah majlis kehormat yang dilantik oleh raja Great Britain. Anggota Majlis Privi terdiri daripada ahli kabinet, pemimpin politik, hakim, dan sarjana yang dipilih dari negara-negara Komanwel yang mengakui raja Inggeris sebagai simbol ketua negara Komanwel. Dalam kebanyakan hal, majlis ini ialah sebagai anggota kehormat. Anggota majlis ini hanya bergaji, apabila mereka diberi tempat dalam kabinet. Ketua hakim majlis ini ialah anggota dewan kabinet Inggeris. | UMUM | |
MONSIGNOR | Monsignor ialah gelaran kehormat yang diberikan kepada golongan paderi dari Gereja Roman Katolik. Perkataan ini berasal daripada perkataan Itali monsignore yang bermakna My Lord dan dipendekkan sebagai Msgr. Kardinal tidak dipanggil Monsignor tetapi orang tua-tua (patriarch), ketua biskop, biskop dan orang yang terlibat dengan keluarga paus, diberi gelaran ini. Pada kebiasaannya, biskop dan ketua biskop dipanggil Tuan Yang Terutama atau “Your Excellency” walaupun kadang-kadang ketua biskop boleh juga dipanggil “Your Grace”. | UMUM | |
DATUK BANDAR | Datuk bandar ialah gelaran kehormat yang diberikan kepada pengerusi majlis borough tertentu di Great Britain. Daerah-daerah kerajaan tempatan yang telah dikurniakan status borough oleh piagam diraja mempunyai datuk bandar. | UMUM | |
MASTER OF THE QUEEN’S MUSIC | Master of the queen’s music ialah suatu gelaran kehormat yang diberikan kepada ahli muzik British. Pemegang gelaran ini menjadi ahli istana diraja. | UMUM | |
PRELATE | Prelate ialah gelaran pegawai yang berpangkat tinggi di gereja. Bagi Gereja England, prelate ialah biskop dan ketua biskop. Bagi Gereja Roman Katolik, istilah prelate juga bermakna paus, kardinal, dan ketua rahib dan pegawai biara yang lain, di samping prelate kehormat. | UMUM | |
NKRUMAH KWAME | Nkrumah Kwame (1909–1972) ialah presiden Afrika Barat, Republik Ghana dari tahun 1960 hingga tahun 1966. Pemimpin-pemimpin tentera menggulingkannya pada tahun 1966, dan dia hidup dalam buangan di Guinea. Presiden Sékou Touré dari Guinea melantik Nkrumah sebagai presiden kehormat Guinea. | UMUM | |
ORANG KAYA-KAYA | ORANG KAYA-KAYA, gelaran untuk golongan bangsawan. Di kalangan masyarakat Melayu tradisional, panggilan kehormat ‘Orang Kaya’ dikaitkan dengan gelaran mengenai kekuasaan dan kekayaan di kalangan mereka yang mempunyai pengaruh ekonomi dan politik. Mereka paling aktif dalam perdagangan di pelabuhan-pelabuhan utama yang dikunjungi oleh kebanyakan pedagang antarabangsa daripada golongan raja dan bangsawan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
SARAWAK DAYAK ASSOCIATION | SARAWAK DAYAK ASSOCIATION, pertubuhan suku kaum Dayak di Sarawak. Persatuan ini didaftarkan sebagai pertubuhan sosial pada 24 Februari 1946. Antara mereka dipilih untuk memimpin persatuan ini ialah Charles Mmason (presiden), Edward Brandah (naib presiden), Philip Jitam dan Andres Jika (setiausaha) dan Robert Jitam (bendahari), manakala Edwin Howell dilantik sebagai penasihat kehormat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |