Nation, Carry Amelia Moore (1846–1911), terkenal kerana usaha kerasnya untuk memberhentikan penjualan alkohol di Amerika Syarikat dari tahun 1880-an sehingga dia meninggal dunia. Walaupun dia selalu ditangkap kerana mengganggu ketenteraman, namun ramai orang yang tertarik dengan keikhlasan dan keberaniannya. Sesetengah orang menganggapnya sebagai tidak bertolak ansur. Dia mengetengahkan perjuangan yang sederhana itu daripada peringkat pendidikan kepada tingkat tindakan, dan seterusnya membantu mewujudkan larangan penjualan alkohol peringkat kebangsaan pada tahun 1919. (Lihat Larangan ). |