SENI KHAT | Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik. Seni khat dibentuk menjadi memanjang, memendek, membulat, membujur, merentang, menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat- ayat al-Qur’an, hadith-hadith nabi dan kata-kata hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan khat. Keindahan seni khat bukan sahaja dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Qur’an, kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam, tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar, mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman, tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303. | UMUM | |
PORSELIN | Porselin ialah sejenis seramik yang dinilai tinggi kerana keindahan dan kekuatannya. Ia sering dikenali sebagai china atau chinaware kerana ia pertama kali dibuat di China. Porselin dicirikan oleh keputihannya, rupanya yang halus, dan lut cahaya (boleh ditembusi cahaya). Oleh kerana ia adalah keluaran seramik yang paling keras, porselin digunakan sebagai penebat elektrik dan kelengkapan makmal. Walau bagaimanapun, porselin dikenali terutamanya sebagai bahan untuk membuat vas bermutu tinggi, barang meja dan juga patung kecil dan barang hiasan yang lain. Jenis porselin yang digunakan untuk tujuan ini menghasilkan bunyi berdenting apabila dijentik. | UMUM | |
OCHO RIOS | Ocho Rios ialah tempat peranginan di Jamaica yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Ia terletak kira-kira 100 kilometer ke timur Teluk Montego. Ia merupakan teluk yang terlindung yang dikelilingi oleh dusun kelapa dan tebu serta kebun buah-buahan. Ocho Rios merupakan tarikan pelancong dengan pantai, pasar, kedai, restoran, hotel, dan kemudahan rekreasi lain yang dimilikinya yang dapat dibanggakan. Kawasan yang menarik yang terletak berdekatan dengannya termasuk Galur Fern, iaitu kawasan tumbuh- tumbuhan tropika yang tidak tercemar; Air Terjun Sungai Roaring, yang sebahagiannya digunakan bagi tenaga hidroelektrik; dan Air Terjun Sungai Dunn. | UMUM | |
AUSTRIA | Austria ialah negara kecil di tengah Eropah yang terkenal dengan keindahan pemandangan pergunungannya. Pergunungan Alps yang menjulang dan kaki bukitnya terbentang merentasi barat, selatan dan bahagian tengah negara ini. Di banyak kawasan, lembah yang luas, dan menghijau memisahkan gunung-ganang. Austria mempunyai banyak tasik yang cantik dan jernih. Hutan tebal meliputi kebanyakan tanah di negara ini. | UMUM | |
PHIDIAS | Phidias (490? S.M.–420? S.M.) ialah pengarca yang terkemuka di Yunani Purba. Keindahan seninya menjadi punca gaya Klasik Tinggi arca yang terdapat pada Zaman Keemasan Athens pada sekitar tahun 400 S.M. | UMUM | |
TAMAN NEGARA | Taman negara ialah kawasan yang disimpan oleh kerajaan sesebuah negara untuk melindungi keindahan alam semula jadi, hidupan liar atau ciri-ciri luar biasa yang lain. Taman negara juga melindungi kawasan-kawasan yang penting dari segi budaya, sejarah, atau sains. Sesetengah taman melindungi keseluruhan persekitaran seperti terumbu karang, padang pasir, padang rumput, banjaran gunung, atau hutan hujan. | UMUM | |
SUNGAI RHÔNE | Sungai Rhône ialah jalan air komersial yang penting di Perancis. Sungai ini masyhur kerana keindahan lembahnya. Hulu sungai ini bermula di glasier Rhône di Switzerland, di paras ketinggian melebihi 1500 meter. Tanah liat glasier yang dibawa oleh sungai ini dari Pergunungan Alps Switzerland membuatkan air Sungai Rhône hampir keruh. Tetapi semasa aliran sungai ini melalui Tasik Geneva, ia kehilangan kebanyakan tanah liat glasier di dasar tasik itu. Warna biru jernih air sungai ini selepas ia meninggalkan Tasik Geneva, memberi inspirasi kepada pemuisi Inggeris, Lord Byron, untuk memerikannya sebagai “deruan biru Rhône yang meluru seperti anak panah.” | UMUM | |
TELUK NAPLES | Teluk Naples ialah serokan Laut Tyrrhenian, yang merupakan cabang Laut Mediteranean. Teluk ini terkenal dengan keindahan pemandangannya di sepanjang pesisirannya dan airnya yang dalam berwarna biru. Teluk Naples memanjang ke pantai barat daya pantai Itali. Lebarnya kira-kira 32 kilometer di antara Tanjung Miseno dengan Point Campanella dan merentang ke pedalaman sejauh kira-kira 16 kilometer. Lihat juga Naples (gambar). | UMUM | |
NEW HAMPSHIRE | New Hampshire (pend. 1 113 915) ialah negeri di timur laut Amerika Syarikat. Ia meliputi kawasan seluas 24 032 kilometer persegi di wilayah New England . Ia terkenal dengan keindahan semula jadinya serta aktiviti luar sepanjang tahun. Manchester dan Nashua ialah bandar terbesar negeri ini. Ibu negerinya ialah Concord. Longgokan besar granit yang terdapat di situ menyebabkan New Hampshire digelar Negeri Granit . | UMUM | |
REIMS | Reims (pend. 185 164; pend. kaw. met. 206 362) ialah kota berkubu di utara Perancis. Ia terletak di Sungai Vesle kira-kira 158 kilometer di timur laut Paris. Bagi mengetahui kedudukannya, lihat Perancis (peta politik). Keindahan Reims tertumpu pada katedralnya yang mula dibina pada tahun 1200-an dan siap pada tahun 1430. Tinggi katedral ini melebihi kawasan perumahan sekitarnya. | UMUM | |