SEJARAH | Sejarah ialah kajian mengenai masa lampau manusia. Ahli sejarah mengkaji catatan mengenai kejadian masa lampau dan menyediakan catatan baru berdasarkan penyelidikan mereka. Catatan ini, seperti juga kejadian yang selalu berlaku juga dinamakan sejarah. Rencana ini membincangkan sejarah sebagai satu bidang kajian. Berkenaan maklumat tentang kejadian-kejadian dalam sejarah, lihat Dunia, Sejarah, dan bahagian Sejarah tentang pelbagai rencana berkenaan benua, bandar, negara dan provinsi. | UMUM | |
BUKU LOG | Buku log ialah rekod bertulis yang rasmi dan sah tentang kejadian-kejadian yang berlaku dalam pelayaran sesebuah kapal. | UMUM | |
GALIAN | Kajian tentang tabii dan kejadian mineral, iaitu sebahagian daripada bidang ilmu geologi. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
ERITEMA | Eritema ialah kejadian tak normal yang menyebabkan kulit menjadi merah. Ia disebabkan oleh tambahan jumlah darah yang hadir dalam kapilari (saluran kecil darah). | UMUM | |
KLAIRVOYANS | Klairvoyans ialah kesedaran terhadap kejadian, objek, atau manusia tanpa menggunakan deria pendengaran, penglihatan, bau, rasa atau sentuhan. | UMUM | |
PERJUDIAN | Perjudian ialah pertaruhan ke atas hasil sesuatu permainan, peristiwa, atau kejadian secara kebetulan. Penjudi atau pemain biasanya bertaruh duit terhadap ramalan yang dibuat. Pertaruhan dibuat pada permainan menguji nasib seperti loteri, daun terup, dadu, lumba kuda, tinju, dan acara sukan yang lain. | UMUM | |
EMOSI | Emosi selalu dikatakan sebagai perasaan tentang sesuatu atau reaksi sesuatu kejadian atau pemikiran. Ada emosi yang menyeronokkan dan ada emosi yang tidak menyenangkan. | UMUM | |
PERTARUHAN | Pertaruhan ialah tagan atau sesuatu yang dijadikan cagaran berisiko kerana keputusan dalam suatu kejadian atau jawapan terhadap sesuatu pertanyaan. | UMUM | |
ASTROLOGI | Astrologi ialah kajian bagaimana matahari, bulan, planet dan bintang kononnya berkaitan dengan kehidupan dan kejadian di bumi. Ia berdasarkan kepercayaan bahawa cakerawala membentuk pola yang boleh menggambarkan watak atau masa depan seseorang. Kebanyakan orang di seluruh dunia percaya pada astrologi. Mereka mendasarkan keputusan penting atas nasihat ahli astrologi (orang yang menilik nasib dengan mengkaji bintang). Orang lain mengatakan bahawa astrologi tidak mempunyai asas saintifik. Astrologi berbeza daripada astronomi. Astrologi berkembang daripada satu set prinsip yang berasal lebih 2000 tahun dahulu. | UMUM | |
MAGIS | Magis ialah penggunaan kuasa luar biasa oleh seseorang untuk cuba mengawal tindakan manusia ataupun kejadian semula jadi. Magis sering kelihatan seperti mendatangkan hasil, tetapi hasil itu mungkin sebenarnya tercapai disebabkan perkara-perkara lain. Contohnya, seseorang mungkin mahu menggunakan ilmu magis untuk membuat musuhnya sakit. Musuhnya yang mengetahui perbuatan ini menjadi takut dan benar-benar jatuh sakit. | UMUM | |