KEJU | Keju ialah makanan yang lazat dan berkhasiat yang dibuat daripada susu. Selama beribu-ribu tahun, keju menjadi satu daripada makanan utama manusia di seluruh dunia. Keju boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan biskut, sandwic, salad, atau dimasak dengan makanan lain. | UMUM | |
KASEIN | Kasein ialah protein utama yang diperoleh daripada susu. Ia ialah ramuan utama dalam keju. | UMUM | |
TENUSU | Tenusu ialah satu cabang pertanian yang berkaitan dengan pengeluaran susu, mentega, susu sejat, aiskrim, keju, dan keluaran susu kering. Penjagaan dan penternakan lembu tenusu juga termasuk dalam cabang pertanian ini. Tenusu diusahakan di kebanyakan negara. Denmark, Perancis, Itali, New Zealand, dan Switzerland merupakan negara yang terkenal dengan keluaran tenusu. | UMUM | |
VEGETARIANISME | Vegetarianisme merupakan suatu amalan diet yang menghindari daging seperti daging lembu, khinzir, ayam, dan ikan dan mungkin juga termasuk produk daripada haiwan tersebut seperti gelatin, susu dan hasilan tenusu (keju, mentega), telur, madu dan sebagainya. | PEMAKANAN | Proses/Tindak Balas |
MAKANAN NYAHHIDRAT | Makanan nyahhidrat ialah makanan yang telah diawet dengan cara pengeringan. Menambah air kepada makanan demikian menjadikannya sedia untuk dimakan atau dimasak. Susu kering dan keluaran tenusu, sup, kopi, teh, rempah-ratus, gelatin, campuran pencuci mulut, dan makaroni dijual di kedai. Makanan nyahhidrat lain yang biasa didapati termasuk yis, keju, dan keluaran telur. | UMUM | |
PROTEIN | Protein adalah satu daripada tiga kelas utama makanan yang diperlukan oleh badan. Yang lain adalah karbohidrat dan lemak. Protein wujud dalam setiap sel dan diperlukan oleh hidupan tumbuhan dan haiwan. Tumbuh-tumbuhan membina protein daripada bahan dalam udara dan tanah. Manusia dan haiwan memperoleh protein daripada makanan yang dimakannya. Makanan yang tinggi kandungan proteinnya termasuk keju, telur, ikan, daging dan susu. | UMUM | |