Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jua.ra.an] | کجواراءن

Definisi : 1. kehandalan (dlm sukan dll), keunggulan; 2. pertandingan utk menentukan johan, kejohanan: pasukan Selangor telah memenangi ~ bola sepak Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
juara (kata nama)
Bersinonim dengan johan, jaguh, pemenang, jago, campian;,
Kata Terbitan : menjuarai, kejuaraan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASHE, ARTHUR

Ashe, Arthur (1943–1993), pemain tenis

Amerika, orang kulit hitam pertama memenangi

kejohanan perseorangan kebangsaan lelaki

Amerika. Dia memenangi kejuaraan itu pada

tahun 1968. Pada tahun yang sama, dia bermain

dengan pasukan Amerika Syarikat yang

memenangi Piala Davis (lihat Piala Davis ). Pada

tahun 1975, Ashe menjadi orang kulit hitam

pertama yang memenangi kejuaraan

perseorangan Wimbledon di England. Dia bersara

daripada pertandingan tenis pada tahun 1980.

UMUM 
SURTEES, JOHN

Surtees, John (1934– ), pelumba motosikal dan

pelumba kereta British, juara dunia bagi motosikal

500 cc pada tahun 1956, 1958, 1959 dan tahun 1960.

Dia juga menyandang kejuaraan dunia untuk

motosikal 350 cc pada tahun 1958, 1959 dan tahun

1960. Pada akhir tahun 1960, dia bersara daripada

perlumbaan motosikal dan bergiat pula dalam lumba

kereta. Dia memenangi gelaran juara lumba kereta

dunia pada tahun 1964. Dia mereka bentuk dan

membina kereta lumbanya sendiri pada tahun 1970.

Surtees lahir di Tatsfield, Surrey, England.

UMUM 
BRABHAM, SIR JOHN

Brabham, Sir John (1926– ) ialah pemandu

kereta lumba Australia yang memenangi Kejuaraan

Pemandu Dunia pada tahun 1959, 1960 dan 1966.

UMUM 
MUMTAZ JAAFAR

Mumtaz Jaafar (1962– ), atlet Malaysia. Dia lahir

pada tahun 1962 di Kuala Lumpur. Kerjaya awalnya

ialah pegawai bank. Dia banyak memegang jawatan

utama dalam organisasi sukan olahraga, antaranya

Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia

(KOAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan

Wanita KOAM. Dia kini, menjadi jurulatih khas

untuk pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Penglibatan awal Mumtaz dalam sukan olahraga

terutamanya dalam acara lari 100 meter, 200 meter,

4 x 100 meter, dan 4 x 400 meter, bermula

dengan menyertai kejohanan-kejohanan anjuran

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS)

dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

(MSSM). Namanya terus menyinar apabila banyak

meraih kejuaraan tempatan, antaranya juara

Kejohanan Terbuka Kebangsaan, Kejohanan Antara

Bank, dan Kejohanan MAKSAK.

UMUM 

Kembali ke atas