Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keras kaku, kejang (tubuh), tegak dan keras (rambut); terkejur terlunjur dlm keadaan kejang atau kaku (spt mayat yg terbaring): Pinang Peribut pun balik ke hujung balai ~ tiga hari tiga malam tidak bangun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kejur (adjektif)
Bersinonim dengan tegang, kejang, kercau, berkiat, kaku dan keras, tidak boleh dilentur, tegak dan keras;,

Puisi
 

Terunglah berat tangkainya kejur,
     Rama-rama di punca kain;
Seorang ke Barat seorang ke Johor,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(10)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NETEL

Netel ialah nama biasa bagi sekumpulan

tumbuhan yang mempunyai bulu kejur berbisa.

Netel ialah herba kasar yang tumbuh di kawasan

sederhana. Ia mempunyai daun yang tumbuh

bertentangan satu sama lain pada batang,

dan bunga kecil yang bergugus. Bulu kejur netel

mengandungi jus berair yang menyebabkan gatal

keterlaluan jika ia memasuki kulit manusia.

Tetapi gatal ini tidak lama. Pucuk netel boleh dimasak

seperti bayam. Ia adalah sumber vitamin dan protein

yang baik. Netel digunakan untuk tujuan perubatan sejak

zaman dahulu. <i> Netel i>berbisa di Eropah dan

Amerika Syarikat ditanam kerana seratnya, yang

daripadanya boleh dibuat kain kasar yang kuat,

kasar.

Pengelasan saintifik. Netel tergolong dalam famili

netel, Urticaceae. Ia membentuk genus <i> Urtica i> . Netel

berbisa ialah <i> U. i><i> dioica. i>

UMUM 
BULU KEJUR UMUM 
RIANG-RIANG

Riang-riang ialah serangga berwarna gelap,

berbadan berat. Ia mempunyai empat sayap yang

nipis, yang pada badannya boleh dilipat seperti

bumbung. Kepala riang-riang adalah lebar dengan

sesungut yang pendek, bak bulu kejur yang

dinamakan <i> antena i> .

UMUM 

Kembali ke atas