Serangga sisik ialah satu daripada banyak jenis serangga penghisap yang memakan tumbuhan. Serangga sisik berkelompok pada tumbuhan, menghisap jus melalui muncungnya yang halus, bak tiub. Serangga sisik betina melakukan kebanyakan kerosakan. Serangga sisik jantan dewasa hanya hidup cukup lama untuk mensenyawakan telur serangga betina. Kebanyakan jenis serangga betina berbentuk bujur. Panjangnya dari satu milimeter hingga 2.5 sentimeter, bergantung pada spesiesnya. Serangga sisik mendapat namanya daripada kulitnya yang melekit atau bersisik yang meliputi badannya. Sesetengah jenis serangga betina hampir tidak kelihatan seperti serangga sama sekali. Ia tidak mempunyai mata, sesungut dan kaki dan jarang bergerak. Ahli sains mengetahui lebih daripada 2000 jenis serangga sisik. <I>Serangga sisik San Jose I>adalah yang terkenal dan paling berbahaya. Ia memakan banyak jenis pokok buah dan pokok renek. Ia pertama kali dijumpai di Amerika Syarikat dekat San Jose, California, kira-kira pada tahun 1870. Satu lagi serangga sisik yang menyerang pokok buah, iaitu serangga sisik kekapas, yang pada satu masa mungkin memusnahkan semua jenis pokok sitrus di California. Sesetengah serangga sisik adalah berguna. Syelek, iaitu varnis yang didapati berasal daripada serangga sisik yang dinamakan serangga <I>lak I>(lihat Lak ). Cochineal, iaitu pewarna, didapati daripada <I>serangga sisik cochineal I>. Satu jenis serangga sisik digunakan sebagai barang kemas. Serangga ini diliputi cangkerang, yang dikenali sebagai <I>mutiara I> <I>tanah I>. Pengelasan saintifik. Serangga sisik adalah anggota order Hemiptera . |