Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.ba.lan] | ککبلن

Definisi : 1. perihal tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll): ~ seorang pendekar; 2. (Udg) perihal boleh dilindungi atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan (hukuman, tindakan dsb), imuniti: mahkamah itu memutuskan bahawa perlembagaan Amerika tidak memberikan apa-apa ~ kpd seorang presiden; ~ raja-raja; ~ diplomatik kebebasan yg diberikan kpd dip­lomat asing drpd didakwa di mahkamah; ~ raja konsep yg menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dibawa terhadap raja kecuali di bawah Perkara 183 Perlem­bagaan Persekutuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ke.ba.lan] | ککبلن

Definisi : keadaan kebal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekebalan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEKEBALAN NEGARA

Kekebalan negara, konsep undang-undang antarabangsa bahawa sesebuah negara tidak tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah di negara lain.

UNDANG-UNDANGKonsep
BEG DIPLOMATIK

Beg diplomatik ialah beg atau bekas yang mempunyai kekebalan diplomatik.

UNDANG-UNDANGKonsep
TARIAN DABUS

TARIAN DABUS, tarian tradisional negeri Perak. Tarian yang berunsur keagamaan ini berasal dari negeri Arab. Ia dipercayai diperkenalkan oleh pengikut Sayidina Ali (kaum Syiah), untuk menakutkan pihak musuh. Para penarinya menggunakan dabus (senjata tajam) untuk memperlihatkan kehandalan dan kepahlawanan. Sehubungan dengan itu, unsur-unsur ilmu pertapaan dan mistik tidak dapat dielakkan dalam tarian ini dalam usaha untuk menonjolkan kekebalan diri. Mereka tidak berasa sakit walaupun dicucuk atau ditusuk dengan senjata yang tajam.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
SUSUKKapsyen          ;           Cara pemakaian susuk

 

SUSUK, sejenis azimat atau ilmu yang menggunakan jenis logam dan ayat jampi untuk menimbulkan seri wajah, melariskan perniagaan, kekebalan badan serta memikat hati orang ramai terhadap pemakainya. Susuk merupakan suatu bentuk  ilmu kebatinan yang sering diamalkan oleh orang Melayu sejak zaman tradisional.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas