PUMIS | Pumis ialah sejenis kaca asli berwarna putih kekelabuan yang mempunyai banyak rongga halus. Pumis merupakan bahan melelas, menggosok, dan menggilap yang berharga sama ada dalam bentuk serbuk dan juga sebagai batu pumis. | UMUM | |
KOK | Kok ialah bahan keras berwarna kekelabuan yang didapati apabila batu arang lembut dipanaskan dalam relau kok kedap udara. | UMUM | |
ZIRKONIUM | Zirkonium, unsur kimia dengan simbol Zr, ialah logam berwarna putih kekelabuan. Ia terdapat secara semula jadi sebagai mineral silikat zirkon dan mineral oksida badeleyit. | UMUM | Konsep |
BURUNG WAXWING | Burung waxwing ialah sejenis burung yang berbulu halus seperti sutera, berwarna perang kekelabuan, bersaiz lebih besar daripada burung pipit, dan mempunyai satu jambul yang jelas dapat dilihat di atas kepalanya. | UMUM | |
SHEARWATER | Shearwater ialah nama sekumpulan burung laut yang hidup di lautan. Ia berbeza-beza panjangnya dari 25 sentimeter hingga 50 sentimeter. Shearwater berwarna perang atau hitam kekelabuan. Sesetengah spesies mempunyai perut putih. Ia mempunyai paruh yang bengkok sedikit, dengan lubang hidung berbentuk tiub. Burung ini terbang melayang di atas ombak, mengepak-ngepakkan sayapnya yang panjang, kurus sekali-sekala sahaja. Sesetengahnya terbang bersendirian, tetapi yang lain berhimpun berkawanan yang mungkin terdiri daripada ribuan ekor. Burung ini memakan ikan, sotong, dan krustasea kecil. | UMUM | |
PHOEBE | Phoebe ialah burung kecil, aktif, yang berasal dari Amerika Utara dan Amerika Selatan, yang tergolong dalam famili flycatcher . Phoebe mempunyai belakang berwarna hijau zaitun kekelabuan dan dadanya putih kekuningan. | UMUM | |
DDT | DDT ialah racun serangga yang digunakan secara meluas pada tanaman untuk mengawal serangga perosak. Ketiga-tiga huruf itu berasal daripada nama kimia bagi bahan ini; dichloro-diphenyltrichloroethane (dikloro-difenil-triklovoetana). DDT ialah serbuk berwarna putih kekelabuan. Apabila digunakan untuk mengawal serangga perosak, serbuk DDT dicampurkan dengan bahan-bahan lain. | UMUM | |
MERBUK MERATAP | Merbuk meratap ialah burung di Amerika yang mengeluarkan bunyi koo yang sedih. Ia membiak dari selatan Kanada hingga ke Mexico, dan berhijrah ke selatan sejauh Panama pada musim sejuk. Burung ini lebih kurang 30 sentimeter panjangnya. Ia berwarna perang kekelabuan, dan sedikit warna samar di dadanya. Tepi ekornya berwarna putih dan berbintik-bintik hitam. Burung ini terbang laju. | UMUM | |
SNEEZEWORT | Sneezewort ialah tumbuhan saka yang tahan lasak yang tumbuh di ladang lembap dan di sepanjang jalan di Eropah, Asia, dan Amerika Utara. Ia dinamakan sneezewort kerana baunya yang kuat menyebabkan sesetengah orang bersin. Tumbuhan ini tumbuh dari 30 sentimeter hingga 60 sentimeter tingginya. Keseluruhan tumbuhan ini berwarna kekelabuan dan mempunyai daun yang panjang, runcing berwarna hijau tua. Bunganya berwarna putih susu dalam kuntum satu-satu. Ia mempunyai jambak bunga kecil berwarna putih. Pengelasan saintifik. Sneezewort tergolong dalam famili komposit, Compositae (Asteraceae). Ia adalah Achillea ptarmica. | UMUM | |
SIPUT UNAM | Siput unam ialah nama biasa bagi beberapa spesies siput kecil di pantai laut. Siput unam yang terkenal ialah siput unam biasa di utara Eropah dan di pantai Atlantik di Amerika Utara. Siput unam ini melekap pada batu-batan di antara paras air pasang dengan air surut. Cangkerangnya yang tebal, berpilin berwarna perang kekelabuan atau hampir hitam. Panjangnya boleh mencapai kira-kira 4 sentimeter. | UMUM | |