Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.ra.ba.tan] | کقرابتن

Definisi : yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan: jelaslah kpd kita bahawa sesuatu masyarakat itu tersusun drpd hubungan dan ikatan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekerabatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEKERABATAN MELAYU

KEKERABATAN MELAYU, amalan sistem kekerabatan dwisisi dan sistem kekerabatan senasab (nasab ibu) di kalangan orang Melayu.

            Pada umumnya, orang Melayu mengamalkan sistem kekerabatan dwisisi (bilateral/cognatif system), kecuali bagi mereka yang tinggal di Negeri Sembilan dan di beberapa tempat di Melaka.  Penduduk di kedua-dua negeri berkenaan mengamalkan sistem kekerabatan senasab variasi nasab ibu (matrilineal system).  Sistem sosial yang berasaskan prinsip nasab ibu ini lebih dikenal dengan nama sistem sosial adat perpatih, sedangkan sistem sosial yang berasaskan prinsip kekerabatan dwisisi, secara umumnya lebih dikenal dengan sistem sosial adat temenggung.  Walau bagaimanapun, pengaruh sistem kekerabatan Islam ketara sekali hingga terdapat banyak persamaan dalam kedua-dua sistem kekerabatan Melayu yang dimaksudkan.

BUDAYAKekerabatan
ANWAR

Sultan Maguindanao ke-11.  Baginda ialah anak Sultan Borahman, iaitu sultan kesembilan dalam salasilah Kesultanan Maguindanao.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKekerabatan
KELUARGA MELAYU

KELUARGA MELAYU, satu kelompok manusia Melayu yang disatukan oleh ikatan perkahwinan, darah dan ikatan angkat.

Bentuk Keluarga Bentuk keluarga Melayu dapat dilihat daripada sistem kekerabatan dan keturunan, keanggotaan dan kediaman, kuasa dan hak kawalan dan perkahwinan.

BUDAYAKekerabatan
LEMBAGA

LEMBAGA, badan yang dibentuk oleh masyarakat Melayu adat perpatih. Lembaga terbentuk oleh kehadiran pelbagai jenis hak, tanggungjawab serta peranan dalam masyarakat. Dalam sistem kepimpinan tradisional adat perpatih, Lembaga ialah ketua kelompok kekerabatan yang bernama suku. Kedudukan ini juga merujuk beberapa ‘badan’ lain yang terdapat dalam pelbagai tingkat pentadbiran tradisional hukum adat perpatih seperti badan yang melantik atau mengesahkan serta membantu Undang yang dikenal sebagai Lembaga Tiang Balai.

BUDAYAAdat

Kembali ke atas