TACHYCARDIA | Tachycardia ialah denyutan jantung yang terlalu cepat, dan juga dikenali sebagai debaran. Ia adalah sejenis penyakit organik. Terdapat beberapa jenis tachycardia, bergantung kepada ruang jantung di debaran itu bermula dan kekerapan debaran berlaku. Contohnya, paroksismal atrium takikardia ( PAT ) adalah denyutan jantung yang sangat laju yang bermula di ruang atas jantung ( atrium ) dan berlaku sekali-sekala. | UMUM | |
SIKLOSPORIN | Siklosporin ialah sejenis ubat yang digunakan untuk menentang penolakan tubuh terhadap tisu atau organ yang dipindahkan. Ubat ini dihasilkan oleh kultur fungus, Tolypocladium inflatum. Ahli imunologi Switzerland, Jean Borel telah menemui khasiat perubatan dalam siklosporin pada tahun 1972. Ubat ini telah terbukti berkesan dalam pembedahan pemindahan jantung, hati, pankreas, tulang sumsum, buah pinggang, dan juga paru-paru. Penggunaan siklosporin dapat menurunkan kekerapan berlakunya kerumitan dan kematian akibat pembedahan tersebut. | UMUM | |
TENGGARA | TENGGARA, judul dwibahasa. Tenggara mulai diterbitkan pada tahun 1967 oleh Universiti Malaya dengan kekerapan sekali setahun. Mulai tahun 1968, ia diterbitkan dua kali setahun. Pada tahun 1979, Tenggara dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan mulai tahun 1989, penerbitannya diambil alih oleh Yayasan Penataran Ilmu. Tujuan utama jurnal ini adalah untuk menghasilkan karya-karya kreatif yang asli dalam bahasa yang luas digunakan di Malaysia dan Singapura. Sungguhpun begitu rencana dalam bidang lain seperti kebudayaan, kesenian, bahasa dan kesusasteraan tradisional turut diterbitkan. Karya yang bukan dalam bahasa Inggeris diterbitkan dalam terjemahan Inggeris sementara karya tentang sastera Melayu diterbitkan dalam bentuk asal. | SASTERA | Penerbitan |
CARTA PAI | Carta pai, gambar rajah atau perwakilan grafik berbentuk bulatan yang dibahagikan mengikut sektor bagi menggambarkan data berkategori untuk membandingkan peratusan, kekerapan atau magnitud data. | MATEMATIK | Konsep |
KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN | KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN, kamus bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang paling lengkap yang pernah diterbitkan di Malaysia. Kamus ini lengkap dari segi bilangan kata entri dan kata terbitan bahasa Inggeris, iaitu 38 000 kata entri dan diberi pengolahan kata entri yang begitu tuntas, terutamanya kata entri yang tinggi kekerapan penggunaannya. | BAHASA | Penerbitan |