Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ko.so.ngan] | ککوسوڠن

Definisi : 1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiada­an iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ko.so.ngan] | ککوسوڠن

Definisi : keadaan kosong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kosong (adjektif)
1. Dalam konteks bekas
bersinonim dengan tidak berisi
Berantonim dengan penuh

2. Dalam konteks angka
bersinonim dengan sifar, nol, nihil,

3. Dalam konteks ruang
bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,

4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng,
Berantonim dengan bernas

5. Bersinonim dengan hampagas: vakum

6. Bersinonim dengan berongga: lompang
Berantonim dengan padat

7. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,

Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SADIYYAH, KERAJAAN

Sadiyyah, Kerajaan diasaskan oleh keluarga

Alawiyyah daripada keturunan al-Hasaniyyin

di Maghribi. Kejatuhan kedua-dua buah kerajaan al-

Mariniyyah dan al-Watasiyyah mengakibatkan

berlakunya kekosongan kuasa politik di Maghribi.

Rakyat mendapati perlunya dilantik Abi Abdullah

Muhammad sebagai pemerintah yang akan

menegakkan suruhan Allah di Wilayah al-Sus kerana

dia berketurunan Ali ibn Abi Talib. Dia berasal dari

Hijaz dan berhijrah ke Maghribi pada abad

kesembilan Hijrah bersamaan abad ke-15 M.

UMUM 
TITAN

Titan ialah dewa-dewa pertama dalam mitologi

Yunani. Kebanyakan mereka, dilambangkan dalam

bentuk manusia, mewakili fenomena semula jadi

seperti bumi, langit dan matahari. Sebelum itu,

mengikut mitologi yang sama, alam semesta ini

hanyalah satu kekosongan yang dipanggil “Chaos”.

Titan yang pertama ialah Dewi Gaea, iaitu bumi.

Dewi ini terbit daripada Chaos dan melahirkan

Dewa Uranus, iaitu langit. Gaea kemudian

berkahwin dengan Uranus. Gaea dan Uranus

mempunyai banyak anak. Yang bongsu dan yang

paling penting ialah Dewa Cronus, yang berkahwin

dengan adik perempuannya, Dewi Rhea. Cronus

menggulingkan Uranus dan menjadi raja segala

dewa.

UMUM 

Kembali ke atas