Ayam prairi ialah nama dua spesies unggas Amerika Utara. Unggas ini hidup di dataran tengah dan dataran barat Amerika Syarikat. Ayam prairi besar panjangnya lebih kurang 45 sentimeter dan beratnya lebih kurang satu kilogram. Bulunya coklat kekuning-kuningan dan putih di bahagian atas, serta dilintangi jaluran hitam, putih dan berjalur di bawahnya. Kepalanya berwarna kuning air dengan jaluran perang coklat. Ayam prairi kecil lebih kecil, iaitu lebih kurang 40 sentimeter panjang. Bulunya lebih pucat daripada bulu ayam prairi besar. |