Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ku.ni.ngan] | ککونيڠن

Definisi : 1. keadaan kuning; 2. sl barang­barang berwarna kuning (spt payung dll) tanda kebesaran raja atau orang bangsa­wan: maka Laksamana mengarak ~, ertinya lampin dan tilam, beras, dan baju bajang, dan pawai burung-burung dibubuh di hujung galah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ku.ni.ngan] | ککونيڠن

Definisi : keadaan kuning. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekuningan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOLASES

Molases ialah sirap yang pekat, manis, melekit.

Warnanya kekuningan atau perang tua. Molases

digunakan untuk membru, memasak, membuat

gula-gula, menyuling alkohol, dan sebagai makanan

haiwan ternakan.

UMUM 
AMBER

Amber ialah resin terfosil yang keras, berwarna

perang kekuningan. Ia terutamanya berasal

daripada resin pokok pain yang tumbuh di utara

Eropah berjuta-juta tahun dahulu. Resin ini ialah

bahan melekit yang dicampurkan dengan minyak

pada pokok itu. Apabila minyak itu teroksida

(berpadu dengan oksigen), resin keras terhasil.

UMUM 
KLORIN

Klorin ialah gas beracun, berwarna hijau

kekuningan dengan bau yang kuat dan tidak

menyenangkan. Klorin menyebabkan kerengsaan

kepada hidung, kerongkong dan paru-paru.

Namun demikian, apabila digabungkan dengan

logam natrium, klorin menjadi natrium klorida,

atau garam biasa.

UMUM 
SERIGALA BERBULU

Serigala berbulu ialah nama sejenis haiwan

besar yang menyerupai serigala yang terdapat di

Amerika Selatan. Haiwan ini mempunyai bulu

berwarna merah kekuningan dan berwarna gelap

di bahagian leher, bahu, kaki dan hidungnya.

Serigala ini membesar sehingga 1.5 meter panjang,

dan berkaki panjang yang membolehkan

haiwan ini melihat atas rumput yang tinggi.

Ketinggiannya kira-kira 75 sentimeter pada paras

bahu.

UMUM 
YELLOWWOOD

Yellowwood ialah nama bagi 94 spesies pokok

kayu malar hijau yang didapati terutamanya di

hutan pergunungan Hemisfera Selatan.

Kebanyakan spesies mempunyai kayu berwarna

kekuningan atau perang-kemerahan.

UMUM 
PERAK NIKEL

Perak nikel ialah aloi kuprum, nikel dan zink.

Aloi ini juga dinamakan perak Jerman kerana ia

pertama kali dibuat di Hildburghausen, Jerman. Ia

adalah logam berwarna kekuningan yang lebih

keras daripada perak. Perak nikel mudah kusam,

tetapi ia mudah digilap. Banyak barang perak yang

digunakan hari ini dibuat daripada perak nikel

yang disadur dengan perak sebenar. Ia kelihatan

seperti perak asli apabila baru, tetapi sadurannya

pudar setelah digunakan.

UMUM 
PHOEBE

Phoebe ialah burung kecil, aktif, yang berasal

dari Amerika Utara dan Amerika Selatan, yang

tergolong dalam famili flycatcher . Phoebe

mempunyai belakang berwarna hijau zaitun

kekelabuan dan dadanya putih kekuningan.

UMUM 
TANZANIT

Tanzanit ialah batu permata separa bernilai. Ia

adalah jenis mineral yang dinamakan zoisit . Hablur

tanzanit adalah trickroik (tiga warna). Apabila batu

permata ini dipusingkan, warnanya bertukar

daripada biru tua kepada ungu kepada hijau

kekuningan.

UMUM 
SINAR KATOD

Sinar katod ialah nama sinaran tak boleh

nampak yang dipancarkan dari elektrod negatif

(katod) tiub Crookes (lihat Tiub Crookes). Sinar

ini boleh dihasilkan dengan menyambungkan

elektrod kepada sumber voltan tinggi tenaga

elektrik. Sinar katod menyebabkan pendarfluor

berwarna hijau kekuningan terbentuk apabila

terkena salutan pada kaca tiub. Biasanya, salutan

ini adalah zink sulfida. Bayang-bayang yang

jelas terhasil dalam pendarfluor di hujung tiub

apabila plat logam diletakkan dalam laluan sinar

ini. Tiub sinar katod digunakan dalam peti

televisyen, paparan radar dan banyak alat

saintifik.

UMUM 
MIGNONETTE

Mignonette ialah tumbuhan taman yang

menarik di Eropah dan Amerika Utara. Namanya

berasal daripada perkataan Perancis yang

bermakna little darling. Tumbuhan ini mempunyai

rimbunan daun yang licin, berwarna hijau lembut.

Bunganya yang kecil tumbuh pada spika yang

tinggi. Warnanya putih kekuningan dan di

dalamnya terdapat tangkai debunga berwarna

kemerahan, dan berbau wangi.

UMUM 
12

Kembali ke atas