Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ké/.wa] | کيقوا

Definisi : (kékwa) sj tumbuhan dan bunganya, Chrysanthemum spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké/.wa] | کيقوا

Definisi : /kékwa/ nama sj herba atau bunganya (bunganya bermacam-macam warna), Chrysanthemum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekwa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEKWA

Kekwa adalah mana-mana satu daripada

sekumpulan herba renek berbau kuat yang

tumbuh di banyak kawasan beriklim sederhana.

Pekebun menanamnya untuk bunganya yang

cantik dan banyak, yang biasanya kembang pada

musim luruh. Namanya Chrysanthemum dalam

bahasa Inggeris, berasal daripada dua perkataan

Yunani yang bermakna bunga keemasan. Banyak

bunga satu-satu membentuk setiap kuntum.

Bunga selebar 20 sentimeter boleh dihasilkan

dengan membuang tunasnya dengan cermat.

Kebanyakan kuntum tumbuh bergugus. Bunganya

berbeza-beza warnanya daripada putih atau

kuning hingga kepada samar atau merah.

UMUM 

Kembali ke atas