ADJUTAN | Adjutan ialah nama dua spesies burung besar dalam famili burung botak. Adjutan terdapat di India dan Asia Tenggara. Adjutan besar tingginya kira-kira 1.5 meter, dan adjutan kecil setinggi sehingga 1.2 meter. Kedua-dua spesies burung ini mempunyai badan berwarna putih, dan bahagian belakang dan sayapnya berwarna kelabu tua. | UMUM | |
ANGSA CAPE BARREN | Angsa Cape Barren ialah sejenis burung besar yang luar biasa dari Australia. Burung ini berukuran lebih kurang 85 sentimeter panjang, dan depa sayapnya 1.7 meter. Bulunya berwarna kelabu dan paruhnya berwarna hitam. Burung ini membiak hanya di pulau-pulau di Selat Bass dan Recherche Archipelago, di Australia Barat. | UMUM | |
KELDAI | Keldai ialah nama yang diberi kepada keldai baka jinak. Keldai liar di utara dan timur laut Afrika adalah leluhur kepada keldai. Keldai liar kelihatan seperti kuda belang tetapi tidak berbelang, kecuali kadangkala pada kakinya. Keldai tingginya lebih kurang 1.2 meter pada paras bahu. Bulunya berwarna kelabu dengan garis lebih gelap di sepanjang belakangnya. Ciri-ciri lain haiwan ini adalah telinga yang panjang, tapak kaki yang kecil, dan bulu yang panjang di hujung ekornya. Pembiak baka terpilih menghasilkan keldai yang berbeza-beza saiz, warna dan bulunya. | UMUM | |
SHOEBILL | Shoebill ialah burung besar yang dipercayai oleh banyak ahli sains berkaitan dengan burung botak. Ia kadangkala dinamakan burung botak kepala paus . Shoebill tinggal di paya di Afrika dari hulu Sungai Nil hingga ke Uganda dan Congo. Burung ini tingginya 1.2 meter. Ia berwarna kelabu abu dan mendapat namanya daripada paruhnya yang besar. Apabila diganggu, ia membuka dan menutup paruhnya dengan cepat, mengeluarkan bunyi kuat yang berdetar-detar. | UMUM | |
SIALANG | SIALANG (Koompassia excelsa (Becc.) Taub. daripada famili Leguminosae), sejenis pokok hutan yang besar dan antara yang tertinggi di Malaysia. Nama lain bagi pokok ini ialah tualang. Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga melebihi 85 m. Batangnya berukuran antara 1 m hingga 2.5 m diameter, berbanir tinggi dan berwarna kelabu kekuningan, berdahan banyak sehingga membentuk dom dan kadang-kadang terdapat subsilara yang juga berbentuk dom. Daun pokok ini berwarna hijau dan biasanya luruh setahun sekali. Pokok ini mempunyai getah yang berbisa yang boleh menyebabkan kulit gatal-gatal dan bengkak-bengkak. Pokok ini juga amat keras kayunya tetapi dahannya rapuh dan kadang-kadang sekah dengan sendiri. | BUDAYA | Flora dan Fauna |