KELAHIRAN BERGANDA | Kelahiran berganda ialah kelahiran lebih daripada seorang bayi daripada kehamilan yang sama. Kembar dua, kembar tiga, kembar empat dan kembar lima adalah kesemuanya contoh kelahiran berganda. Kebanyakan haiwan melahirkan lebih dari satu anak pada satu masa. Manusia biasanya melahirkan hanya seorang bayi pada satu masa. Rencana ini membincangkan kelahiran berganda pada manusia. | UMUM | |
PERMATA KELAHIRAN | Permata kelahiran ialah permata yang dikaitkan dengan sesuatu bulan bagi setahun. Menurut tradisi, permata kelahiran membawa nasib yang baik kepada orang yang dilahirkan pada bulan yang berkaitan dengan batu itu. Setiap permata kelahiran juga dihubungkan dengan tanda zodiak. Walau bagaimanapun, tarikh lahir bagi setiap tanda tidak serupa dengan permulaan dan akhir setiap bulan. | UMUM | |
KAWALAN KELAHIRAN | Kawalan kelahiran ialah istilah yang termasuk semua kaedah yang digunakan untuk mengawal atau mencegah kelahiran anak. | UMUM | |
KELAHIRAN | Kelahiran lihat Pembiakan manusia. | UMUM | |
KELAHIRAN PRAMATANG | Kelahiran pramatang berlaku apabila seseorang wanita melahirkan anak sebelum kehamilannya mencapai tempoh sepenuhnya. Tempoh kehamilan ini berbeza-beza dari 37 hingga 42 minggu selepas tempoh haid terakhir seseorang wanita sebelum kehamilan. Dalam banyak kes, tempoh kehamilan setepatnya sukar ditentukan. Oleh itu, doktor juga menganggap seseorang bayi itu pramatang jika beratnya kurang daripada 2500 gram ketika lahir. | UMUM | |
KECACATAN KELAHIRAN | Kecacatan kelahiran atau kecacatan kongenital, ialah suatu keadaan yang tidak normal pada seseorang bayi semasa kelahirannya. Kecacatan mungkin wujud pada struktur atau fungsi sesetengah bahagian tubuh. Ia mungkin suatu petanda untuk mendapat sesuatu penyakit serius. | UMUM | |
KADAR KELAHIRAN DAN KEMATIAN | Kadar kelahiran dan kematian merupakan ukuran penting untuk mengetahui perubahan jumlah penduduk. Ia memberikan cara untuk membandingkan trend kesihatan dan maklumat jumlah penduduk dari tahun ke setahun atau dari satu tempat ke satu tempat. | UMUM | |
SANGER, MARGARET | Sanger, Margaret (1883–1966) ialah pemimpin wanita gerakan kawalan kelahiran di Amerika Syarikat dalam awal tahun 1900-an. Pada waktu itu penyebaran maklumat atau alat kawalan kelahiran di Amerika Syarikat adalah menyalahi undang-undang. Sanger percaya bahawa orang perempuan sepatutnya mempunyai persamaan ekonomi dan sosial dengan orang lelaki. Untuk mencapai persamaan tersebut, dia berpendapat bahawa orang perempuan perlu mengelakkan kehamilan yang tidak dikehendaki. Sanger menubuhkan pertubuhan yang kemudiannya menjadi Persekutuan Keibubapaan Terancang Amerika (Planned Parenthood Federation of America), iaitu organisasi kawalan kelahiran yang utama di Amerika. Sanger mencipta istilah kawalan kelahiran yang dahulunya diken ali sebagai keibuan sukarela . | UMUM | |
ADAT KELAHIRAN | ADAT KELAHIRAN, segala upacara yang dilakukan sejak seorang perempuan Melayu mengandung sehingga melahirkan anak. Upacara ini terdiri daripada lenggang perut atau kirim perut, memotong pusat, membelah mulut bayi, mencukur rambut dan memberi nama bayi. | BUDAYA | Konsep |
STOPES, MARIE CARMICHAEL | Stopes, Marie Carmichael (1880–1958), ahli sains dan penulis British, terkenal kerana merintis kerja-kerja untuk perancangan keluarga. Dia telah mengasaskan sebuah klinik kawalan kelahiran dan menjadi Presiden Persatuan Kawalan Kelahiran Membina dan Kemajuan Kaum. Kebanyakan penulisannya menyentuh masalah dalam perkahwinan. Marie Stopes lahir di Edinburgh, Scotland, dan mendapat pendidikan di University College, London. Dia ialah wanita pertama yang menjadi kakitangan dalam bidang sains di Manchester University. | UMUM | |