METER LAJU | Meter laju ialah alat yang menunjukkan kelajuan kereta atau kenderaan lain. Paparan meter laju menunjukkan kelajuan dalam kilometer per jam atau batu per jam atau kedua-duanya. | UMUM | |
SEGRAVE, SIR HENRY | Segrave, Sir Henry (1896–1930) ialah wira British dalam zaman awal perlumbaan motor. Dia telah memecahkan rekod dunia kelajuan di darat sebanyak tiga kali – pada tahun 1926, 1927, dan 1929. Dia mencapai kelajuan 231 batu (372 kilometer) sejam pada tahun 1929. Segrave terbunuh semasa cuba memecahkan rekod dunia kelajuan di atas air kepada 98.76 batu (158.94 kilometer) sejam. Trofi Segrave, diberi kepada orang British yang menunjukkan potensi pengangkutan melalui darat, udara, atau air, yang paling baik, telah dinamakan sempena namanya. Segrave lahir di Edmonton. | UMUM | |
YEAGER, CHARLES ELWOOD | Yeager, Charles Elwood (1923 – ) dari Amerika ialah orang pertama yang membuat penerbangan yang lebih pantas daripada kelajuan bunyi. Dia mencapai kejayaan ini pada 4 Oktober 1947, dengan memandu kapal terbang rokel Bell X-1. Dia mencatat satu lagi rekod kelajuan pada 12 Disember 1953 dengan membuat penerbangan 2 kali lebih pantas daripada kelajuan bunyi dengan memandu Bell X-1A. | UMUM | |
PRINSIP BERNOULLI | Prinsip Bernoulli juga dikenali sebagai hukum Bernoulli atau teorem Bernoulli , menyatakan bahawa tenaga terabadi dalam bendalir (cecair atau gas) yang bergerak. Jika bendalir itu bergerak dalam arah mendatar, tekanan berkurangan apabila kelajuan bendalir meningkat. Jika kelajuan berkurangan, tekanan meningkat. Misalnya, air bergerak lebih laju melalui bahagian yang sempit dalam paip mendatar daripada melalui bahagian yang lebih lebar. Prinsip Bernoulli menjangkakan bahawa tekanan akan menjadi paling rendah apabila kelajuan paling laju. Prinsip Bernoulli dinamakan sempena nama Deniel Bernoulli (1700–1782), ahli matematik, Switzerland. | UMUM | |
PERLUMBAAN | Perlumbaan ialah pertandingan kelajuan. Orang bertanding dalam acara lumba lari, renang dan berjalan kaki. Sukan seperti lumba kuda dan lumba kereta melibatkan manusia yang menunggang haiwan atau mengendalikan mesin. Haiwan terlatih juga bertanding antara satu sama lain dalam lumba anjing dan merpati. Sesetengah perlumbaan merupakan antara sukan yang paling popular di dunia, menarik berjuta-juta penonton setiap tahun. Di samping penonton yang menghadiri perlumbaan utama, ramai lagi yang mengikutinya di kaca televisyen. | UMUM | |
ANEMOMETER | Anemometer ialah alat yang mengukur kelajuan angin. Terdapat beberapa jenis anemometer. Jenis yang paling biasa mempunyai tiga atau empat cawan berbentuk kon di hujung rod yang panjangnya lima hingga 20 sentimeter. | UMUM | |
TAKOMETER | Takometer ialah peranti yang digunakan untuk mengukur kelajuan putaran bagi roda atau aci pemintal, selalunya dalam putaran per minit (rpm). Takometer juga sering kali digunakan untuk mengukur rpm enjin pada kereta, kapal laut dan kapal terbang. Takometer menunjukkan kuasa enjin dan kepantasannya menukar tenaga kepada daya mekanikal. | UMUM | |
PERLUMBAAN MERPATI | Perlumbaan merpati ialah sejenis sukan yang menguji kelajuan burung merpati rumah terbang untuk sampai ke rumahnya ketika dilepaskan pada satu jarak yang ditetapkan. Merpati rumah ialah burung yang dilatih khusus untuk kembali semula ke petak sarang pemiliknya yang disebut para . Merpati yang mengambil bahagian berlumba terbang pada jarak yang telah digredkan antara 100 hingga 1600 kilometer. | UMUM | |
KEDINGINAN ANGIN | Kedinginan angin ialah taksiran hubungan antara kelajuan angin dengan suhu, yang berkait dengan kesan angin terhadap benda hidup. | UMUM | |
TACHYON | Tachyon ialah zarah asas hipotetikal. Zarah asas ialah zarah subatom, yang tidak mempunyai bahagian kecil yang diketahui. Sekiranya tachyon wujud secara semula jadi, ia tidak pernah diam tetapi sentiasa bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi daripada kelajuan cahaya. | UMUM | |