Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lam.ba.tan] | کلمبتن

Definisi : 1. perihal lambat, kelewatan: ~ menetapkan harga padi itu telah menye­babkan mereka rugi; Seri Bija Diraja menyem­bahkan sebab-sebab ~ yg dialaminya itu; 2. terlewat (drpd yg ditentukan), terlambat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lam.ba.tan] | کلمبتن

Definisi : 1 hal lambat; kelewatan: ~ kereta api itu telah merunsingkan hati kaum keluarga yg menunggu. 2 terlewat (dr waktu yg ditentukan); terlambat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambat (adverba)
1. Bersinonim dengan perlahan: lembap, mengambil masa,
Berantonim dengan cepat

2. Bersinonim dengan lewat: laun, melampaui waktu,
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : terlambat, kelambatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAYLOR, SIR GEOFFREY

Taylor, Sir Geoffrey (1886–1975) ialah ahli fizik

Inggeris yang mengabdikan seluruh hidupnya

kepada sains. Dia adalah ahli metereologi dalam

ekspedisi di Lautan Atlantik Utara pada tahun 1913,

yang bekerja dalam bidang metereologi dan

aeronautika semasa Perang Dunia I (1914–1918),

dan membuat bom atom semasa Perang Dunia II

(1939–1945). Dia mengira kelambatan putaran bumi

yang disebabkan oleh geseran pasang surut. Taylor

lahir di London.

UMUM 

Kembali ke atas