Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pengembara: negeri itu bernama Pandan Salas akan tetapi sudah dialahkan oleh seorang ~ bernama Kuda Nestapa; ~ perajurit perajurit yg mengembara; 2. gelaran kebesaran berasal dr Bugis (mis Datuk Kelana Sungai Ujung); berkelana = mengelana mengembara, merantau: aku sentiasa miskin, sentiasa ~; perkelanaan perihal (perbuatan dsb) ber­kelana, pengembaraan: ia hanya wujud dlm impian utk memungkinkan aku meneruskan ~ ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kelana (kata nama)
Bersinonim dengan pengembara, orang perantauan, perantau, pelimbang, orang asing;,
Kata Terbitan : berkelana,

Puisi
 

Bujang kelana mandi subuh,
     Dari pagi tidak berhenti;
Bagaimana hati tak gundah,
     Semalam-malam tidak berhenti.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYED ABDUL RAHMAN, DATO' KELANASYED ABDUL RAHMAN, Dato’ Kelana ( ? – 1889), Undang Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Beliau menggantikan bapa saudaranya, Dato’ Kelana Sendeng, yang meninggal dunia pada tahun 1872. Ketika menjadi Dato’ Kelana, Syed Abdul Rahman menerima cabaran daripada Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal tentang pungutan cukai di Kuala Linggi. Pada 21 April 1874, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan pihak British. Dengan termeterainya perjanjian ini, beliau bersetuju berlindung di bawah kerajaan British. Beliau juga bersetuju meletakkan kawasan dari Sempang hingga Permatang Pasir di bawah pentadbiran dan kawalan British.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATO' KELANA SUNGAI UJONG

DATO’ KELANA SUNGAI UJONG, penghulu adat bagi luak Sungai Ujong di Negeri Sembilan. Gelaran penuh Dato’ Kelana ialah Dato’ Kelana Putera. Gelaran asal Penghulu Menteri. Menurut legenda, institusi Dato’ Kelana berasal daripada watak mitos, Bendahara Sekudai yang dikatakan daripada keturunan Sultan Johor dan Puteri Mayang Selida.

         

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
DATO' KELANA SENDENG

DATO’ KELANA SENDENG (? -1872), Penghulu (bertaraf Dato’ Undang) Sungai Ujong yang ke-11 dan yang kelima memakai gelaran Dato’ Kelana. Dia adalah daripada perut hulu daripada dua pecahan waris di darat yang berhak memegang jawatan sebagai Dato’ Kelana. Dia dilantik pada tahun 1850 untuk menggantikan Dato’ Kelana Kawal (m. 1849). Dia memerintah luak Sungai Ujong selama 22 tahun (1850-1872).

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA ALI KELANA RAJA MUHAMMAD YUSUF

RAJA ALI KELANA RAJA MUHAMMAD YUSUF (? – 1927), penulis dan tokoh agama. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Nama sebenarnya ialah Raja Ali. Dia ialah anak Raja Muhammad Yusuf, Yang Dipertuan Muda Riau yang ke-10. Gelaran ‘Kelana’ ditambah di hujung nama Raja Ali sebagai tanda dia telah dilantik sebagai calon Yang Dipertuan Muda. Walau bagaimanapun, jawatan itu akhirnya disandang oleh Raja Abdul Rahman (saudaranya berlainan ibu) akibat campur tangan Belanda. Di Riau, Raja Ali Kelana dikenal sebagai Engku Ali Johor, manakala di Johor dan Singapura, dia dikenal sebagai Engku Ali Riau. Di Pulau Penyengat, dia digelar Engku Ali Bukit.

SASTERATokoh
DATO' KELANA MAAMOR

DATO’ KELANA MAAMOR (1877-1945), Undang Luak Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Maamor bin Kasim. Dia ialah waris di hulu, dipilih sebagai Undang Luak Sungai Ujong, menggantikan Dato’ Kelana Lela Setia Muhammad Yusuf  Hashim pada tahun 1889.

       .

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ADI KELANA

ADI KELANA (1934 -     ), penyair Negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 25 September 1934 di Kampung Panchur, Tutong, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya ialah Haji Ibrahim bin Haji Muhammad Said. Dia seorang guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1951-1953). Pada tahun 1964, dia mengikuti kursus setahun dalam bidang pendidikan di University of London.

SASTERAKonsep
MADAH KELANA

MADAH KELANA, kumpulan puisi karya Sanusi Pane. Kumpulan puisi ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1931 oleh Balai Pustaka dan cetakan kedua oleh penerbit yang sama pada tahun 1957.

SASTERAKarya
RAJA HAJI

RAJA HAJI (1730-an-1784), Yang Dipertuan Muda Riau yang keempat (1777-1784). Raja Haji juga dikenal sebagai Engku Kelana, Pangeran Suta Wijaya dan Almarhum Mangkat di Teluk Ketapang. Raja Haji adalah anak Daeng Celak, Yang Dipertuan Muda Riau yang Kedua.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATO' MUDA LINGGI

DATO’ MUDA LINGGI, jawatan yang diwujudkan oleh orang dari Pulau Riau yang merantau ke Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Jawatan ini juga dikenal sebagai Dato’ Sitiawan atau Orang Kaya Luak Linggi. Ketua pemerintah Sungai Ujong, Dato’ Kelana Leha (1780-1800) mengarahkan mereka membuka perkampungan di tepi Sungai Linggi bersebelahan Sungai Ujong pada tahun 1783, dan mereka diketuai oleh Dato’ Awaluddin.

    

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
DATO' BANDAR SUNGAI UJONG

DATO’ BANDAR SUNGAI UJONG, gelaran pembesar yang diwujudkan oleh Sultan Abdul Jalil III, Sultan Johor, semasa Sungai Ujong berada di bawah takluk Johor, bermula pada tahun 1715. Dato’ Bandar mempunyai kuasa memungut hasil, cukai perniagaan dan perkapalan sepanjang Sungai Linggi. Kekayaan Dato’ Bandar meletakkannya setaraf dengan kedudukan Dato’ Kelana Sungai Ujong. Manakala Syahbandar, pembesar ketiga di Sungai Ujong pula telah ada pada zaman Kesultanan Melaka.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
12

Kembali ke atas