KELANG | Kelang, bandar dan daerah di negeri Selangor. Sejarah perkembangan penempatan Kelang dapat dikesan pada abad ke-15 dan abad ke-16, iaitu pada zaman Kesultanan Melaka. Tun Perak dilantik sebagai penghulu untuk mentadbir Kelang. Meskipun begitu, Kelang telah ada seorang ketua tempatan yang dikenal dengan nama Tuk Engku Kelang, iaitu satu jawatan tradisi yang sudah pun ada sebelum kemunculan kuasa Bugis di Selangor. | UMUM | |
PERANG KELANG | PERANG KELANG, perang saudara yang berlaku di Selangor disebabkan para pembesar bersengketa untuk menguasi tanah lombong. Perang ini berlanjutan dari tahun 1866 hingga tahun 1874. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
RAJA MAHADI RAJA SULAIMAN | RAJA MAHADI RAJA SULAIMAN ( ? -1882), kerabat diraja Selangor. Dia adalah cucu Sultan Muhammad, Sultan Selangor. Dia juga salah seorang yang terlibat dalam Perang Kelang. Raja Mahadi tidak berpuas hati dengan pendapatan yang diperolehi oleh Raja Abdullah yang mentadbir jajahan Kelang. Ini kerana pada masa jajahan itu ditadbirkan oleh ayahandanya, Raja Sulaiman, pendapatan tidak banyak kerana perlombongan bijih timah belum berkembang. Setelah Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah, dia telah menggalakkan orang Cina mengusahakan lombong bijih timah. Usaha ini telah memajukan daerah Kelang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA | Persatuan Ulama Malaysia ialah persatuan yang dianggotai golongan ulama di Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan pada 20 November 1974, di Kolej Islam Kelang, Selangor. | UMUM | |
ZAILIANI TASLIM | ZAILIANI TASLIM (1959- ), penulis. Dia lahir pada 26 April 1959 di Kelang, Selangor. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Binjai, Meru, Kelang, Selangor dari tahun 1967 hingga tahun 1971. Kemudian, dia melanjutkan pendidikan menengahnya di Sekolah menengah Tengku Idris Syah, Kapar, Kelang hingga tamat dan memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia. Dua tahun kemudiannya, dia melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Sesudah menamatkan pengajiannya, dia ditugaskan mengajar di beberapa buah sekolah di Selangor dan Terengganu. Kini, dia mengajar di Sekolah Menengah Landas, Felda Jerangau, Ajil, Terengganu. | SASTERA | Tokoh |
KLANG | KLANG salah sebuah petempatan lama di Semenanjung Tanah Melayu. Asal usul nama Kelang berkait rapat dengan kedudukan Kelang sebagai pelabuhan dan tempat persinggahan para pedagang dan perantau. Berbagai-bagai nama dapat dikesan seperti Clang, Clan, Callangh, Calangh, Callang dan lain-lain. Pada masa ke-15 dan abad ke-16, khususnya dalam hikayat-hikayat Melayu, ada menyebut tentang nama Raden Kelang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
LEMBAH BERNAM | Lembah Bernam, kawasan yang terletak di tengah-tengah di antara Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Selangor serta Lembah Kinta, Perak. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MOHD. ISMAIL SARBINI | MOHD. ISMAIL SARBINI (1950- ), penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1950 di Kampung BUkit Kapar, Kelang, Selangor. Dia sering menggunakan nama samaran Isma M.S., Hali Isma dan Budi Isma. Dia menerima pendidikan awal di Kapar sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Kelang hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1977, dia mengikuti Kursus Persediaan di Institut Teknologi MARA. Sesudah itu dia melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak. Setamatnya daripada latihan di maktab perguruan, dia mengajar di sebuah sekolah menengah di Perlis. Beberapa tahun kemudian dia mengajar di Kelang. Dia mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) secara persendirian dan berjaya menyambung pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu. | SASTERA | Tokoh |
WAN IBRAHIM WAN SOLOH | WAN IBRAHIM WAN SOLOH, Dato’ (1905-1994), pentadbir dan sejarawan. Dia lahir di Kelang, Selangor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langat dan Sekolah Melayu Kelang (1915). Keluarganya yang rapat dengan golongan istana Selangor membolehkan dia diterima belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1920 hingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1925. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
R. AZMI | R. AZMI (1923-1974), penyanyi. Dia lahir di Kelang, Selangor. Nama sebenarnya ialah Raja Azmi bin Raja Embeh. Dia mendapat pendidikan awal di Kelang dan di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Pendidikannya tergendala apabila Jepun menduduki Tanah Melayu. Dia berhijrah ke Singapura dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi R. Azmi merupakan salah seorang penyanyi yang mempelopori lagu-lagu Melayu ala Hindustan pada tahun 1950-an dan 1960-an. | BUDAYA | Tokoh |