Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.pa.ran] | کلاڤرن

Definisi : 1. dlm keadaan lapar, menanggung lapar: ia menangis mengongoi spt kanak­-kanak ~ susu; 2. tidak cukup makanan, kekurangan makanan: jutaan manusia mati kerana ~ di beberapa buah negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.pa.ran] | کلاڤرن

Definisi : 1 perihal atau keadaan lapar; rasa lapar: Mereka mengalas perut utk mengelakkan ~. 2 menanggung atau menderita lapar; dlm keadaan lapar: Anak-anak yg ~ itu diberi makanan. Banyak antara mereka yg mati ~. 3 kekurangan, ketiadaan atau kehabisan makanan: Kerajaan kita berusaha utk menjauhkan bencana ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapar (adjektif)
Bersinonim dengan kebulur, kemaruk;,
Kata Terbitan : berlapar, melaparkan, kelaparan,

Peribahasa

Macam kera kelaparan.

Bermaksud :

Orang tua yang bibirnya selalu berkomat-kamit.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELAPARAN

Kelaparan terjadi apabila benda hidup mati

kerana kekurangan sebarang bahan makanan yang

perlu bagi kehidupan. Bahan makanan ini dikenali

sebagai nutrien atau zat makanan. Zat makanan

dikelaskan kepada enam kumpulan: karbohidrat,

lemak, mineral (garam galian), protein, vitamin, dan

air. Zat makanan membekalkan tenaga untuk

mengatur proses tubuh dan untuk membina dan

menyenggara tisu tubuh.

UMUM 
KEBULURAN

Kebuluran ialah kekurangan makanan yang

berpanjangan yang menyebabkan kelaparan dan

kematian secara meluas. Sepanjang sejarah,

kebuluran berlaku sekurang-kurangnya satu

kawasan di dunia ini selang beberapa tahun.

UMUM 
SURAH AL-DUKHAN

Surah al-Dukhan ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-44 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

57 ayat. Surah ini dinamakan al-Dukhan (asap)

kerana Allah S.W.T. menurunkan ayat ini untuk

menakutkan (menggerunkan) orang-orang kafir

dengan mengazabkan mereka dengan kemarau

dan kelaparan disebabkan pendustaan mereka

terhadap rasul. Allah S.W.T. telah mengutuskan

mereka asap tebal yang menyebabkan mereka

hampir binasa tetapi Nabi Muhammad s.a.w. telah

menyelamatkan mereka dengan berkat doanya.

UMUM 

Kembali ke atas