Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bilik (tempat) belajar, bilik darjah: murid-murid masuk ke ~ beramai-ramai; 2. perkumpulan utk mempelajari sesuatu; ~ lukisan (tarian, jahit-menjahit, masakan, dll) perkumpulan yg bertujuan mempelajari seni lukis (seni tari, jahit-menjahit, cara-cara me­masak, dll); ~ persediaan kelas tempat penuntut-penuntut diberi latihan khas sebelum mengikuti pelajaran yg khusus atau mendalam; 3. peringkat, tingkatan (pelajaran yg diikuti): pelajar-pelajar ~ rendah; 4. golong­an atau kumpulan (dlm masyarakat) yg berbeza antara satu sama lain atas ciri-ciri tertentu (spt taraf hidup, kedudukan sosial berdasarkan asal keturunan dll): beliau meramalkan berlakunya pertentangan ~ atau golongan-golongan dlm masyarakat; 5. golongan, kumpulan (berdasarkan per­samaan pelbagai sifat yg tertentu): manusia termasuk dlm ~ binatang mamalia; 6. baha­gian, kategori, kumpulan (berdasarkan ting­katannya yg tertentu): pemborong-pemborong ~ E; ~ atasan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling tinggi, mis kaum bangsawan; ~ bawahan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling rendah, mis buruh, petani dsb; ~ dewasa perkumpulan yg terdiri drpd orang-orang dewasa utk belajar membaca dan menulis; ~ ekonomi kelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah; ~ kambing bp tingkatan (taraf) yg paling rendah, kelas (bahagian) yg paling murah bayaran yg di­kenakan kpd penonton (di panggung wayang dll); ~ kata (Lin) golongan kata; ~ menengah golongan masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan, termasuklah ahli perniagaan dan profesional spt peguam, akauntan, doktor dsb; ~ pertengahan kelas menengah; berkelas termasuk dlm kelas (golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu): memang terdapat jurang sosial yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah; berkelas-kelas berasing-asing dlm kedu­dukan (ada yg tinggi dan ada yg rendah tarafnya), berpangkat-pangkat, bertingkat­tingkat: yg menarik hatinya ialah masyarakat di situ masih ~; mengelaskan membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kpd berbagai-bagai golongan (kumpulan, tingkatan, dll), menen­tukan kelas sesuatu: ahli-ahli kimia ~ bahan-bahan kimia mengikut suatu sistem tertentu; pengelasan perihal atau perbuatan me­ngelaskan, pembahagian (pengasingan) kpd kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll); ~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kpd jenis (kumpulan) tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kelas (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkatan, golongan, kumpulan, bahagian, kategori;,
Kata Terbitan : sekelas, berkelas-kelas, mengelaskan, pengelasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELAS MENENGAH

Kelas menengah ialah sekumpulan orang yang

berada di antara kelas atasan dengan kelas

bawahan dalam sesebuah masyarakat. Istilah <I>kelasI>

<I>menengah I>pertama kali digunakan secara umum

ketika awal tahun 1800-an di Eropah. Ia merujuk

kepada <I>borjuis I>(kelas peniaga), sekumpulan orang

yang berada di antara kaum aristokrat dengan

kaum petani.

UMUM 
MESON

Meson ialah zarah subatom. Meson membentuk

satu daripada kelas famili zarah yang dikenali

sebagai <i>hadron. i>Kelas-kelas yang lain terdiri

daripada <i>barioni>, yang termasuk proton, neutron

dan hiperon. Semua hadron bertindak atas satu

sama lain melalui daya yang dikenali sebagai <i>salingi>

<i> tindak yang kuat, i> atau <i>daya nukleus i>yang kuat. Daya

ini mencantumkan nukleus atom.

UMUM 
SAMURAI

Samurai ialah kelas sateria yang diwarisi dari

zaman Jepun feudal. Istilah ini asalnya digunakan

hanya kepada pengawal diraja. Selepas sistem

feudal muncul, istilah ini digunakan untuk seluruh

kelas tentera. Kelas ini meliputi sateria samurai,

bangsawan feudal yang dikenali sebagai <i> daimyo i>

atau <i> daimio i> dan shogun. Lebih kurang lima orang

daripada setiap 100 orang Jepun tergolong dalam

kumpulan ini.

UMUM 
TINDAKAN KELAS

Tindakan kelas ialah sejenis prosiding

kehakiman apabila seorang atau lebih daripada

seorang individu mendakwa bagi pihak satu

kumpulan yang mempunyai tuntutan yang serupa.

Kumpulan yang sedemikian dikenali sebagai <i> kelas. i>

Tindakan kelas juga dikenali sebagai <i> tindakan i>

<i> perwakilan i> .

UMUM 
KELAS SOSIAL

Kelas sosial ialah sekumpulan orang ramai

dalam sesebuah masyarakat yang berkongsi

kedudukan sosial yang sama. Kelas sosial wujud

kerana manusia biasanya mengelompokkan

masyarakat ke dalam pelbagai kumpulan yang

berbeza berdasarkan faktor kekayaan, kuasa, darjat,

keturunan, agama, dan kerjaya. Kerap kali manusia

membuat perbezaan kedudukan ini di dalam

fikiran mereka dengan menganggap sesetengah

mereka “lebih baik” daripada yang lain. Ahli sains

sosial menamakan kumpulan ini sebagai <I>kelasI>

<I>sosial I>dan menganggap proses pengelompokan

sosial sebagai <I>stratifikasi sosial.I>

UMUM 
KELAS KHAS MELAYU

KELAS KHAS MELAYU, kelas peralihan untuk pelajar Melayu dari sekolah rendah Melayu melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah beraliran Inggeris.  Kelas ini bermula pada tahun 1921.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SAKARIDA

Sakarida ialah karbohidrat – satu daripada

tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein

membentuk dua kelas yang lain. Sakarida

dikelaskan mengikut struktur kimianya.

<i> Monosakarida, i> yang mempunyai struktur paling

ringkas, termasuk <i> glukosa, i> iaitu gula yang

didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain,

monosakarida tidak boleh terurai menjadi

karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat

dengan asid cair atau melalui tindakan enzim

tertentu. <i> Disakarida i> , seperti <i> sukrosa i> (gula meja),

terdiri daripada dua molekul monosakarida yang

disambungkan dengan satu atom oksigen.

<i> Polisakarida, i> seperti kanji dan selulosa, mungkin

terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang

bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat

Karbohidrat. Lihat juga Kanji.

UMUM 
KARBOHIDRAT

Karbohidrat ialah satu daripada tiga kelas

makanan utama yang diperlukan oleh tubuh. Dua

lagi kelas makanan yang utama ialah lemak dan

protein.

UMUM 
MAJUSI

Majusi ialah anggota keturunan kelas paderi

dari Media, kerajaan purba yang terletak di

kawasan yang kini dikenali sebagai utara Iran.

Seseorang anggota kelas tersebut dipanggil

<I>Magus. I>Majusi dikenali sebagai pengamal <I>magis, I>

pentafsir mimpi dan petanda sesuatu kejadian

serta mempersembahkan korban astrologi.

UMUM 
AMBEDKAR, BHIMRAO RAMJI

Ambedkar, Bhimrao Ramji (1891–1956) ialah

reformis sosial India dan pemimpin paling penting

bagi <I>kasta I>(kelas keturunan) yang dinamakan <I>kelas I>

<I>pariah I>(lihat Kasta ). Dia juga seorang peguam dan

memainkan peranan utama dalam merangka

perlembagaan India.

UMUM 
123456789

Kembali ke atas