Sekolah gaya pos ialah institusi pendidikan yang mengajar melalui surat-menyurat antara guru dengan pelajar. Sekolah gaya pos ditujukan kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari sesuatu subjek secara sistematik, umumnya untuk tujuan mendapatkan kelayakan profesional atau teknikal. Mereka mungkin tidak berupaya datang sendiri ke kelas disebabkan mereka cacat, atau kerana mereka tinggal terlalu jauh, atau kerana mereka bekerja pada waktu siang. Dengan mengambil kursus gaya pos, pelajar boleh membuat kerja pada bila-bila masa dan di mana- mana tempat. Namun demikian, sekolah gaya pos mempunyai keburukan kerana perhubungan peribadi tidak wujud antara guru dengan pelajar. |