Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.le.bi.han] | کلبيهن

Definisi : 1. sesuatu sifat yg lebih drpd kebiasaan, keistimewaan: Sayidina Ali ialah sahabat Rasulullah yg mempunyai banyak ~ dan sifat-sifat yg teristimewa; 2. bilangan yg berlebih, bilangan yg lebih banyak: beliau telah menang dlm pilihan raya itu dgn mendapat ~ undi; 3. = lebihan yg berlebih, bakinya, sisanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.le.bi.han] | کلبيهن

Definisi : 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Peribahasa

Bembam bukan terung.

Bermaksud :

Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-NUR

Surah al-Nur ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-24 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 64 ayat. Ia

dinamakan surah al-Nur (cahaya) kerana terdapat

dalamnya pancaran-pancaran sinar ketuhanan (al-

Nur Rabbani), iaitu dengan mensyariatkan hukum-hakam

dan adab-adab serta kelebihan-kelebihan

kemanusiaan yang merupakan sumber daripada

cahaya Allah S.W.T. terhadap hamba-Nya dan

daripada limpahan-limpahan rahmat dan

kemurahan-Nya.

UMUM 
PIAWAI EMAS

Piawai emas ialah penggunaan emas sebagai

piawai nilai wang sesebuah negara. Sesebuah

negara menjadi pengguna piawai emas apabila

menerima tukaran wang asing yang ditawarkan

dengan emas dan bersetuju untuk membeli dan

menjual emas pada harga yang tetap. Kelebihan

menggunakan piawai emas ialah mengawal inflasi,

mengawal perbelanjaan kerajaan, dan

menstabilkan kadar tukaran wang asing di

kalangan negara yang menggunakannya.

Kelemahannya pula ialah menghalang

penyelarasan yang perlu ke atas bekalan mata

wang tempatan dan kadar tukaran antarabangsa.

UMUM 
SURAH AL-MULK

Surah al-Mulk ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-67 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 30 ayat. Nama

surah al-Mulk (kuasa pemerintahan) diambil

berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan)

Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan

akhirat) dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiaptiap

sesuatu”.

(Surah al-Mulk 67:1)

UMUM 
SURAH YASIN

Surah Yasin ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-36 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 83 ayat. Surah

ini dinamakan Yasin kerana Allah S.W.T. telah

memulakan surah yang mulia ini dengan huruf

tersebut. Permulaan dengan dua huruf ini juga

menjadi tanda kemukjizatan al-Qur’an al-Karim.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ketika

menyatakan kelebihan surah ini di dalam hadithnya

yang bermaksud:

“Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai

hati dan hati al-Qur’an itu ialah surah Yasin . Oleh

itu, aku suka sekiranya ia berada dalam hati tiap-tiap

insan di kalangan umatku.”

UMUM 
SHARBINIY, SYAMS AL-DIN AL-

Sharbiniy, Syams al-Din al ( ? – 977 H. / ? –1569 M.),

ahli fiqh mazhab Syafi‘i, ahli tafsir dan juga

pakar nahu. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn

Ahmad al-Sharbiniy al-Qahiriy yang lebih dikenali

dengan nama al-Khatib al-Sharbiniy Syams al-Din.

Dia lahir di Kaherah dan berguru dengan para

sarjana Mesir pada zamannya. Dia mengeluarkan

fatwa dan mengajar ilmunya semasa guru-gurunya

masih hidup. Orang sezamannya memperakui

kebaikan, kelebihan dan kezuhudannya dalam hal

keduniaan.

Antara buku karangannya ialah al-Siraj al-Munir

fi al-I‘anah ‘ala Ma‘rifat ba‘du Ma‘aniy Kalam Rabina

al-Hakim al-Khabir, al-Fath al-Rabbaniy fi Hilliy Alfaz

Tasrif ‘Izz al-Din al-Zanjaniy dan Sharh Minhaj al-

Din li al-Jurjaniy fi Sha‘biy al-Iman.

UMUM 
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM.

Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir

merupakan salah satu ilmu syariah yang asas,

kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang

diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan

rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna

kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan

tentang pengertian ayat-ayat-Nya.

Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya

menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan

mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat

merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan-

Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa

yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang

dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud:

“(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan

kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab

yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya

dan, untuk mereka memahami dengan teliti

kandungan untuk orang-orang yang berakal

sempurna beringat dan mengambil iktibar”.

( Surah Sad 38:29)

UMUM 
AUSTEN, JANE

Austen, Jane (1775–1817), salah seorang penulis

novel yang sangat digemari di England. Tulisannya

mengandungi sindiran tentang institusi-institusi

sosial pada zamannya. Dalam setiap satu daripada

enam novelnya, mengisahkan seorang wanita

bertemu dan mengahwini seorang lelaki selepas

menempuh pelbagai kesukaran, yang sering kali

melucukan. Halangan-halangan ini dapat membantu

sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak mengenal

diri mereka sendiri, yang diperlukan untuk

perkahwinan yang bahagia. Tidak ramai penulis yang

dapat menandingi kelebihan Jane Austen dalam

mengenal pasti kelemahan manusia, gambarannya

tentang hidup seharian yang penuh kasih sayang

ataupun prosa-prosanya yang licik dan indah.

UMUM 
SURAH AL-NAML

Surah al-Naml ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-27 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 93 ayat. Ia

dinamakan al-Naml (semut) kerana Allah S.W.T.

menyebut di dalamnya cerita seekor semut yang

telah memberi peringatan kepada kaum

sejenisnya, dan mengingatkan serta meminta maaf

kepada Nabi Sulayman a.s. dan para tenteranya.

Nabi Sulayman a.s. tersenyum kerana dia

memahami kata-kata semut itu dan bersyukur

kepada Allah S.W.T. kerana dikurniakan kelebihan

dan nikmat tersebut.

UMUM 
MUHAMMAD RAKAWI YUSUF

MUHAMMAD RAKAWI YUSUF (  ?  -1936), penulis dan pengasas gerakan nasionalisme Sarawak. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Selain namanya, dia juga dikenal sebagai ’Master Rakawi’ kerana kebolehannya berbahasa Inggeris, satu kelebihan yang jarang-jarang dimiliki oleh orang Melayu di Sarawak semasa zaman pemerintahan Brooke.

SASTERATokoh
KAMUS LENGKAP PERIBAHASA UTUSAN

KAMUS LENGKAP PERIBAHASA UTUSAN, kamus yang dihasilkan oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. dan diterbitkan oleh Utusan Malaysia Publications and Distributors, Kuala Lumpur pada tahun 1993. Buku setebal 477 halaman dan berukuran 11 cm x 8 cm ini merupakan koleksi peribahasa Melayu yang terkini dan terbaik sejak Kamus Istimewa Peribahasa (1963) dan Kamus Simpulan Bahasa (1974). Inilah dokumentasi peribahasa Melayu 30 tahun selepas merdeka. Kamus Peribahasa Lengkap Utusan (KPLU) ini mempunyai enam kelebihan berbanding dengan koleksi peribahasa yang terdahulu.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas