Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lem.bu.tan] | کلمبوتن

Definisi : perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lem.bu.tan] | کلمبوتن

Definisi : keadaan lembut (bkn benda, tingkah laku dsb): ~nya berbicara amat menyenangkan kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembut (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak keras: lunak, lembik, empuk,
Berantonim dengan keras

2. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan bersopan, bersantun, beradab, berbahasa, beradat, baik, elok,
Berantonim dengan kasar

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lunak, perlahan, rendah, merdu, enak,
Berantonim dengan keras

Kata Terbitan : berlembut, melembutkan, kelembutan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MURILLO, BARTOLOMÉ ESTEBAN

Murillo, Bartolomé Esteban (1618–1682),

pelukis Sepanyol yang hidup pada tahun 1600-an.

Dia dianggap pelukis yang terbaik yang dapat

menggambarkan kelembutan dan optimistik agama

Kristian. Dia terkenal dengan lukisannya yang

melahirkan perasaan mesra dan peri- kemanusiaan.

UMUM 
NARAYAN, R. K.

Narayan, R. K. (1906–2001) ialah novelis dan

cerpenis India yang menulis dalam bahasa Inggeris.

Novel-novelnya memaparkan tentang kehidupan

orang biasa India yang menggambarkan kekhuatiran

tentang pertukaran identiti nasional dan sejarah. Para

pengkritik memuji Narayan kerana kualiti tragikomik

dalam hasil kerjanya dan kelembutan ironinya ketika

menggunakan watak ciptaannya.

UMUM 
KHAT ARAB

Khat Arab ialah seni penulisan kaligrafi Arab. Ia

banyak dibantu oleh keunikan struktur bahasa Arab

yang agak fleksibel, lembut, boleh dipanjangkan

dan dipendekkan, boleh dipusingkan, boleh ditulis

secara berasingan, bahkan boleh disambungkan,

digabungkan dan disusun. Keadaan sedemikian

menjadikan khat Arab sebagai satu seni yang indah

dan bersesuaian dengan sebarang perubahan

dan perkembangan. Jadi, satu hubungan yang

kuat terbentuk antara setiap jenis khat dengan

bahan yang digunakan untuk penulisannya. Khat

Arab agak lembut, sesuai dengan keindahan

dan keseniannya. Kita juga dapat melihat ia

agak kukuh dan mempunyai keseimbangan,

dengan mengambil sepenuhnya ruang yang luas

di segenap sudutnya. Kita melihat kekukuhan

dan kelembutan, sering bertukar ganti dan

berkesinambungan dalam penulisan khat ini. Pada

setiap keadaan, ia akan melekakan pemerhatinya

dengan keindahannya yang unik serta keistimewaan

bentuknya yang unggul dan menawan. Keadaan

ini menempatkannya di kedudukan yang istimewa

dalam bidang seni reka bentuk.

Khat Arab bergantung pada seni dan keindahan

berdasarkan kaedah tersendiri, hasil kesesuaian

antara khat, titik dan bentuk bulat. Corak

penampilan unsur khat ini digunakan secara seni,

seperti seni reka bentuk yang lain. Contohnya,

khat dan susunannya tidak memberi makna dari

sudut luaran sahaja, tetapi ia juga memberi makna

keindahan yang lahir daripada corak unik yang

memberikannya satu bentuk keindahan. Pada masa

yang sama, bentuk keindahan ini terpisah daripada

unsur-unsur khat dan bersambung dengan corak-coraknya

yang unik.

UMUM 

Kembali ke atas