Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kulit mati yg berkeping-keping halus pd kulit kepala, ketombe; berkelemumur terdapat atau ada kelemu­mur (pd kulit kepala). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 penyakit pd kulit kepala yg menyebabkan berasa gatal-gatal dan bersisik-sisik putih, Seborrhoeic dermatitis. 2 kulit (sel) mati yg berupa serbuk putih pd kulit kepala dan menyebabkan kepala berasa gatal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelemumur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELEMUMUR

Kelemumur ialah kepingan kulit mati yang

tertanggal dari kulit kepala. Kepingan ini mungkin

berwarna kuning dan berminyak, atau putih dan

kering. Kulit kepala biasanya akan menanggalkan

sel kulit yang telah mati. Kelemumur biasanya

terbentuk apabila kulit kepala menanggalkan

lapisan tebal sel yang mati. Para doktor belum lagi

mengetahui sepenuhnya punca sebenar keadaan

ini boleh berlaku, tetapi kebanyakan daripada kita

menghadapinya pada sesuatu masa. Dalam

keadaaan yang tertentu, kelemumur yang sedikit

boleh dihindarkan dengan kerap membasuh

rambut. Kelemumur tidak akan menyebabkan

kebotakan.

UMUM 

Kembali ke atas