Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.le.suan] | کلسوان

Definisi : 1. perihal (keadaan) lesu, keletihan; 2. berasa lesu atau lemah, keletihan: Zaini yg ~ tidur dgn lenanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.le.suan] | کلسوان

Definisi : keadaan lesu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lesu (adjektif)
1. Bersinonim dengan lemah: letih, letah-letai, litak, lejar,

2. Bersinonim dengan merosot: mundur, menurun, berkurangan, surut, susut lemah, buruk,
Berantonim dengan rancak

Kata Terbitan : kelesuan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELESUAN

Kelesuan ialah istilah lain bagi keletihan.

Seseorang itu sering mengatakan bahawa dia

berasa “lesu” apabila letih. Apabila seseorang itu

bekerja kuat, bermain bersungguh-sungguh,

kurang rehat atau kurang tidur, dia boleh berasa

lesu. Dalam kes seperti itu, kelesuan adalah

normal. Daripada pengalaman, adalah diketahui

bahawa perasaan ini akan hilang selepas berehat.

Tetapi kadangkala, kelesuan merupakan suatu

gejala penyakit. Orang yang mengalami penyakit

jasmani sering berasa lesu walaupun hanya

selepas membuat kerja ringan atau menggunakan

sedikit tenaga. Orang seperti ini memerlukan rehat

yang banyak, sering kali jauh lebih banyak

daripada yang diperlukan sekiranya mereka sihat.

Doktor mendapati bahawa kelesuan sering berlaku

jika seseorang itu menghidap banyak jenis

penyakit.

UMUM 
PATAH JIWA

Patah jiwa ialah istilah yang selalu digunakan

untuk merujuk kepada sebarang kelesuan yang

disebabkan oleh terlalu teruk bekerja sehingga

menghidap penyakit jiwa yang parah.

UMUM 
STROK MATAHARI

Strok matahari ialah nama biasa bagi keadaan

seseorang akibat dari suhu badan yang terlampau

panas. Para doktor kebiasaannya menggunakan

istilah yang lebih tepat iaitu strok haba dan

kelesuan haba. Strok matahari ialah satu daripada

jenis strok haba yang disebabkan oleh terlampau

lama atau terlalu banyak terkena sinaran matahari.

UMUM 
SINDROM PRAHAID (SPH)

Sindrom prahaid (SPH) ialah keadaan yang

melibatkan ramai wanita, 3 hari hingga 10 hari

sebelum haid bermula. Sindrom ini mempunyai

pelbagai gejala, termasuk kegelisahan, kemurungan,

perubahan mood dengan tiba-tiba, mudah menangis,

berasa marah atau jengkel, sakit kepala, bengkak,

kesakitan payu dara, sembelit, berasa lapar, dan

kelesuan. Wanita yang diserang oleh SPH mungkin

mengalami beberapa gejala ini pada masa yang

sama, dan gejala ini mungkin sederhana atau teruk.

UMUM 
ASID LAKTIK

Asid laktik ialah asid organik biasa yang

ditemui di dalam susu dan makanan tenusu lain

yang telah menjadi “masam”. Ia juga didapati di

dalam sauerkraut , acar dan bir. Ia wujud dalam

dua bentuk iaitu asid D-laktik dan asid L-laktik.

Asid D-laktik terbentuk dengan penapaian gula.

Asid L-laktik ditemui di dalam darah manusia dan

haiwan. Semasa berlakunya aktiviti bertenaga,

asid L-laktik berkumpul di dalam tisu otot hingga

menyebabkan kesakitan dan kelesuan. Perlahan-

lahan ia akan hilang apabila otot pulih semula.

UMUM 

Kembali ke atas