KELUANG | Keluang ialah sejenis kelawar besar. Ia hidup di kebanyakan kawasan tropika kecuali Amerika Selatan. Ia biasa terdapat terutamanya di kawasan Pasifik Selatan. Kepala dan badannya kira-kira 30 sentimeter panjangnya, dan bukaan sayapnya mungkin melebihi 1.5 meter. Mukanya kelihatan seperti muka rubah. Keluang memakan buah, dan lebih sesuai dikenali sebagai kelawar buah. Ia juga memakan kudup bunga, nektar, dan debunga. Pada waktu siang, ia bergayut pada pokok, biasanya bersama kelawar buah yang lain. Ini menjadikan pokok kelihatan seolah-olah sarat dengan buah. Keluang boleh bergerak jauh untuk mendapatkan makanan. Ia boleh memusnahkan dusun buah-buahan. | UMUM | |
NEW MEXICO | New Mexico (pend. 1 521 779) ialah negeri di barat daya Amerika Syarikat. Ia dikenali sebagai Taman yang Mempesonakan kerana pemandangannya yang indah dan kaya dengan sejarah. New Mexico pernah diperintah oleh Sepanyol, dan pengaruh Sepanyol jelas kelihatan pada nama tempat, makanan, dan budaya percutian. | UMUM | |
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA | Kapsyen1"> :1"> Mengundi sebagai satu simbol demokrasi SURUHANJAYA PILIHAN RAYA, sebuah badan atau agensi bebas bertaraf perlembagaan dan menjadi pengawas serta penyelia satu proses dalam sistem demokrasi. Suruhanjaya ini ditubuhkan mengikut perintah Perlembagaan Malaysia (Fasal 114). Dalam menjalankan tugasnya, suruhanjaya bukan saja harus bersikap dan bertindak berkecuali, saksama dan adil, tetapi harus kelihatan demikian, kerana sifat-sifat itu sendiri sudah menjadi sebahagian daripada lunas-lunas demokrasi. Dalam mentadbirkan dan menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya dibekalkan dengan kuasa-kuasa berkanun seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia (Bahagian VIII) serta Jadual Kedua Belas, akta-akta khusus, dan peraturan-peraturan terbitan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SUMBI GIGI | Kapsyen1"> :1"> Sumbi gigi SUMBI GIGI, penambal gigi yang rosak atau gigi tambahan atau buatan. Sumbi gigi memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi di samping mengemas dan mencantikkan gigi. Sumbi gigi juga boleh berfungsi sebagai susuk pemanis. Pada mulanya sumbi gigi ini dibentuk menggunakan logam seperti tembaga, perak dan emas. Lama-kelamaan ada sesetengah masyarakat elit menempah sumbi gigi menggunakan logam platinum, kerana lebih mahal, kuat dan kelihatan berkilat apabila seseorang itu senyum atau ketawa. Dengan kata lain, sumbi gigi tidak lagi menjadi penutup bagi gigi yang rosak, sama ada berlubang atau rapuh tetapi mula enjadi penghias wajah pemakainya. | BUDAYA | Alat/Alatan |
TBILISI | Tbilisi (pend. 1 140 000) ialah ibu negara Georgia. Georgia ialah sebuah republik dalam Kesatuan Soviet sehingga tahun 1991, apabila Georgia mengisytiharkan kemerdekaannya. Pada akhir tahun tersebut, Kesatuan Soviet telah runtuh. Nama Tbilisi bererti musim bunga yang panas dalam bahasa Georgia. Bandar ini dahulunya dikenal sebagai Tiflis , namanya dalam bahasa Rusia. Ia terletak di Sungai Kura di bahagian timur Georgia (lihat Georgia [peta]). Sebahagian bandar Tbilisi sudah moden dan sebahagian lagi kelihatan seperti kota Timur purba. Hasil keluaran Tbilisi meliputi bahan kapas, sakhlat, barangan kulit, jentera, hasil logam, dan minyak. Tbilisi ialah persimpangan rangkaian jalan raya dan landasan kereta api. | UMUM | |
RHEA | Rhea ialah burung besar di Amerika Selatan yang tidak boleh terbang. Ia kelihatan seperti burung unta yang kecil, dan sering dikenali sebagai burung unta Amerika Selatan . Tetapi, burung ini mempunyai tiga jari kaki pada setiap kaki, manakala burung unta mempunyai dua jari kaki. Rhea juga mempunyai sayap yang lebih besar dan lebih banyak bulu di leher dan di kepalanya daripada burung unta (lihat Burung unta ). Rhea biasa tingginya kira-kira 1.5 meter dan beratnya lebih kurang 25 kilogram. | UMUM | |
KELDAI | Keldai ialah nama yang diberi kepada keldai baka jinak. Keldai liar di utara dan timur laut Afrika adalah leluhur kepada keldai. Keldai liar kelihatan seperti kuda belang tetapi tidak berbelang, kecuali kadangkala pada kakinya. Keldai tingginya lebih kurang 1.2 meter pada paras bahu. Bulunya berwarna kelabu dengan garis lebih gelap di sepanjang belakangnya. Ciri-ciri lain haiwan ini adalah telinga yang panjang, tapak kaki yang kecil, dan bulu yang panjang di hujung ekornya. Pembiak baka terpilih menghasilkan keldai yang berbeza-beza saiz, warna dan bulunya. | UMUM | |
DENEB | Deneb ialah bintang yang paling terang dalam buruj Cygnus, atau Swan. Deneb juga dikenali sebagai Alpha Cygni. Ia ialah bintang yang paling terang yang boleh dilihat dengan mata kasar dan mempunyai magnitud 1.26 (lihat Magnitud). Deneb ialah 60 000 kali ganda seterang matahari, tetapi ia kelihatan malap kerana jauhnya lebih kurang 1600 tahun cahaya (lihat Tahun cahaya). Deneb kelihatan berwarna putih kebiru-biruan disebabkan oleh suhu permukaan yang sangat tinggi, sekurang-kurangnya 10 000°C. Ahli astronomi mengelaskan bintang ini sebagai superraksasa biru. Diameter Deneb ialah lebih kurang 70 kali ganda diameter matahari. | UMUM | |
TEMBIKAI | Tembikai ialah nama buah daripada beberapa jenis tumbuhan yang tergolong dalam famili labu. Tembikai hanya hidup untuk satu musim. Daun dan batangnya berbulu. Batangnya yang menjalar atau memanjat melekatkan dirinya dengan sulur paut pada benda yang dipanjatnya. Sulur paut ialah daun yang diubahsuai yang kelihatan seperti gelang kecil wayar. Tembikai sebenar adalah bulat atau berbentuk seperti telur. Saiz dan teksturnya sangat berbeza-beza. Lebarnya mungkin 30 sentimeter atau lebih dan beratnya dari 1 hingga 4 kilogram. Warna buahnya berbeza-beza daripada samar kesumba dan kuning hingga kepada hijau muda atau hijau gelap. Isinya berair dan berwarna hijau, putih, kuning, jingga, samar, atau merah. | UMUM | |
KESEIMBANGAN KIMIA | Keseimbangan kimia ialah keadaan seimbang yang tercapai apabila tindak balas kimia kelihatan terhenti. Tindak balas ini biasanya ditunjukkan dengan menulis persamaan kimia yang mempunyai dua anak panah.
|