SAYAP KELIMA | Sayap kelima merujuk kepada ejen pengintipan yang beroperasi di kalangan pihak musuh untuk melemahkan perjuangannya. Ejen ini membuka jalan bagi serangan tentera atau politik. Ejen ini bekerja dalam tentera, parti politik, atau industri. Antara aktivitinya termasuk pengintipan, sabotaj, subversif ekonomi, propaganda, penghasutan, penyeludupan, pembunuhan, keganasan dan pemberontakan. Istilah sayap kelima pertama kali digunakan semasa Perang Saudara Sepanyol (1936–1939) untuk memerikan usaha pengikut Francisco Franco, di Loyalist Madrid. Emilio Mola, jeneral Franco, berkata, “Saya mempunyai sayap keempat yang bergerak melawan Madrid, dan sayap kelima akan bangkit dalam kota itu sendiri”. | UMUM | |
E | E ialah huruf kelima dalam abjad Inggeris. E juga merupakan huruf kelima dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit, yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. | UMUM | |
KHALIFAH HARUN AL-RASYID | Khalifah kelima kerajaan Bani Abbasiyah. | AGAMA | Tokoh |
SHAH JAHAN | Shah Jahan (1592–1666) ialah pemerintah kelima empayar Mughal di India. Baginda menjadi pemerintah pada tahun 1627. Ketika pemerintahannya, rakyat Mughal berada dalam zaman keemasan, dengan bilik kebal yang dipenuhi harta dan gaya seni bina yang indah dan mengagumkan. Shah Jahan paling diingati kerana Taj Mahalnya yang amat sempurna, iaitu makam marmar putih yang amat besar yang dibina untuk permaisurinya di Agra, India (lihat Taj Mahal ). Baginda juga telah membina sebuah istana yang amat hebat dan luar biasa di Delhi. Istana ini berserta dengan bangunan lain masih lagi kekal sebagai contoh keagungan empayar Mughal. Dinasti itu mulai mengalami kemerosotan kerana terlalu banyak wang telah dihabiskan untuk kemewahan dan terlalu banyak tenaga yang telah disia-siakan dalam peperangan. Pemerintahan Shah Jahan sentiasa menghadapi masalah, dan seorang daripada puteranya telah merampas takhta daripadanya. | UMUM | |
KHAMIS | Khamis ialah hari yang kelima dalam satu minggu. Kaum Norseman purba menganggap hari ini sebagai hari suci bagi Thor, iaitu dewa guruh bagi kaum Teutonik. Khamis bermaksud hari Thor. | UMUM | |
PERANG KHANDAQ | Perang Khandaq berlaku pada bulan Syawal tahun kelima Hijrah 627 M. Ia juga dikenali sebagai Perang Ahzab. Peperangan ini berpunca daripada tindakan beberapa orang ketua kaum Yahudi daripada Bani Nadir yang dibuang daerah oleh Rasulullah s.a.w. dari bandar Madinah ke Khaibar. Mereka ialah Salam ibn Abi al-Haqiq, Salam ibn Miskam, Kinanah ibn Rabi dan Huyai ibn Akhtab, yang telah menghasut kaum Quraisy dan Bani Ghatfan supaya menyerang orang Islam. Mereka juga berjanji memberi bantuan dalam peperangan tersebut. Oleh itu, kaum Quraisy dan suku Ghatfan mara dengan 10 000 orang tentera untuk menyerang bandar Madinah. Apabila Rasulullah s.a.w mengetahui berita tersebut, Baginda mengarahkan orang Islam menggali parit bagi menghalang kemaraan tentera kafir memasuki bandar Madinah. Usaha ini dicadangkan oleh Salman al-Farisi. Sementara itu, orang Yahudi dari Bani Qurayzah telah melanggar perjanjian mereka dengan orang Islam dan memihak kepada kaum musyrikin. | UMUM | |
ARENA WATI | Arena Wati (1925– ), Sasterawan Negara Malaysia yang kelima (1987). Selain Arena Wati, nama penanya yang lain ialah Duta Muda, Partia dan Haji. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Abdul Biang atau Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung. | UMUM | |
ACTS OF THE APOSTLES | Acts of the Apostles ialah buku kelima Kitab Perjanjian Baru. Ia merupakan sambungan kepada Gospel of Luke. Gospel dan Acts ini ialah jilid satu dan dua daripada karya yang sama. Mengikut tradisi Kristian, Acts ditulis oleh Luke, sahabat kepada Saint Paul. Tetapi ramai sarjana mencurigai keberanian ini. Kebanyakan sarjana percaya bahawa Luke dan Acts ditulis pada tahun 85 M. | UMUM | |
SUNGAI CONGO | Sungai Congo, dikenali juga sebagai Sungai Zaire, ialah sungai yang kelima terpanjang di dunia. Ia bermula di selatan Kabalo, Zaire, tempat Sungai Lualaba dan Luvua bertemu. Dari tempat ini hingga Air Terjun Boyoma (dahulu dikenali sebagai Air Terjun Stanley), sungai ini dikenali sebagai Sungai Lualaba. Selepas Air Terjun Boyoma, sungainya dikenali pula sebagai Sungai Congo. Di Zaire, ia dikenali sebagai Sungai Zaire. Sungai Congo (Zaire) mengalir sejauh 4667 kilometer melalui barat-tengah Afrika tengah. Sungai ini mengalirkan air yang terbanyak berbanding sungai-sungai lain kecuali Sungai Amazon. Sungai ini menyaliri kawasan seluas kira-kira 3 630 000 kilometer persegi. | UMUM | |
AIR TERJUN SUTHERLAND | Air Terjun Sutherland ialah air terjun gunung yang kelima tertinggi di dunia. Ia terletak 26 kilometer dari hulu, ke Selat Milford, Alps Selatan, Pulau Selatan, New Zealand. | UMUM | |