TASIK ERIE | Tasik Erie, terletak di sempadan antarabangsa antara Amerika Syarikat dengan Kanada, merupakan tasik yang paling jauh ke selatan daripada kelima-lima Tasik-tasik Besar Amerika Utara (lihat Tasik-tasik Besar ). Tasik ini disempadani oleh negeri New York, Pennsylvania, Ohio dan Michigan, dan wilayah Ontario. Panjang tasik ini kira-kira 386 kilometer dan lebarnya dari 61 kilometer hingga 92 kilometer. | UMUM | |
MIN | Min, dalam statistik, ialah jumlah siri nombor yang dibahagikan dengan bilangannya. Katakan terdapat lima orang wanita yang berat masing-masing ialah 67, 62, 68, 69, dan 64 kilogram. Jumlah keseluruhan berat mereka ialah 330 kilogram. Bahagikan jumlah ini dengan 5, iaitu bilangan wanita: 330 ÷ 5= 66. Min siri nombor ini ialah 66 dan berat min wanita-wanita berkenaan ialah 66 kilogram. Berat 66 kilogram ini dapat digunakan untuk mewakili perbezaan berat kelima-lima wanita tersebut, walaupun tidak ada yang mempunyai berat 66 kilogram. Min lazimnya disebut sebagai purata aritmetik atau min aritmetik. Lihat juga Median; Mod; Purata; Statistik (Kebarangkalian). | UMUM | |
SURAH AL-MASAD | Surah al-Masad ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-111 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lima ayat. Surah ini dinamakan al-Masad (tali yang dipintal) berdasarkan lafaznya yang terdapat pada surah ini dalam ayat kelima yang bermaksud: “Yang lehernya ada tali dari sabut.” | UMUM | |
DARI AVE MARIA KE JALAN LAIN KE ROMA | DARI AVE MARIA KE JALAN LAIN KE ROMA, kumpulan cerpen, sketsa dan drama Idrus, setebal 168 halaman diterbitkan pada tahun 1948 oleh Balai Pustaka, Indonesia dan pernah diulang cetak sebanyak lima kali. Cetakan kelima, iaitu pada tahun 1975 diberi kata pendahuluan oleh H.B. Jassin. Karya ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, “Zaman Jepun” adalah hasil tulisan Idrus pada waktu awal kedatangan Jepun ke Indonesia. Bahagian kedua “Corat-coret di Bawah Tanah” ditulis semasa pendudukan Jepun di Indonesia. Bahagian ketiga mengandungi “Kisah Sebuah Celana Pendek” dan “Surabaya dan Jalan Lain ke Roma”, dihasilkan sesudah 17 Ogos 1945, iaitu setelah Jepun menyerah kalah dan ketika api revolusi menuntut kemerdekaan sedang marak. | SASTERA | Karya |
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK | ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam. Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan. Merisik Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok. | BUDAYA | Konsep |