Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ké.lo/] | کيلوق

Definisi : (kélok) liku, selekoh (jalan): setelah ia hilang di ~ jalan, barulah kedua-duanya berpaling arah ke dlm rumah; kelang-~ berliku-liku (bkn jalan, sungai); berkelok = mengelok bertukar haluan (ke kanan atau ke kiri), berbelok, membelok: Tuan Hess ~ ke lorong arah pintu salun diikuti oleh Encik Ramli; berkelok-kelok 1. banyak liku, berselekoh­selekoh (jalan bengkang-bengkok): jalan ke tempat itu ~; 2. membelok berkali-kali (ke kanan dan ke kiri): kapal itu belayar sambil ~ utk menghindarkan serangan kapal selam; mengelok berkelok; mengelokkan 1. menjadi melengkung, melengkungkan, membengkokkan: ~ dawai; 2. mengubah haluan (ke kanan atau ke kiri), membelokkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.lo/] | کيلوق

Definisi : /kélok/ 1 liku (pd jalan, sungai dll); selekoh. 2 garis yg melengkung dlm graf dll. berkelok 1 melengkung. 2 bertukar haluan; berbelok ke kanan atau ke kiri. berkelok-kelok 1 berliku-liku (bkn jalan dll); tidak lurus. 2 bertukar haluan (berkali-kali). mengelokkan 1 membuat supaya berkelok; melengkungkan; membengkokkan. 2 membelokkan sesuatu: ~ kereta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIKIN

SIKIN, senjata Melayu yang merupai sebilah parang biasa.  Sikin dipercayai berasal dari Pahang dan digunakan oleh kaum wanita untuk membelah, memotong dan meraut daun mengkuang.  Mata sikin digunakan untuk memotong dan belakangnya digunakan untuk menarik dan mengumpulkan daun-daun yang sudah bercerai.  Ini boleh dilakukan dengan senang oleh sebab bentuk belakang sikin berkelok-kelok.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas