LILIN HAIWAN | Lilin haiwan digunakan bersendirian atau diadunkan dengan lilin petroleum untuk membuat dian, penggilap, dan keluaran-keluaran lain. | UMUM | |
NILON | Nilon ialah istilah umum bagi kumpulan barang keluaran sintetik (tiruan). Barang keluaran ini diperbuat daripada bahan kimia yang diperoleh daripada batu arang, air, udara, petroleum, keluaran sampingan pertanian, dan gas asli. Nilon adalah salah satu penemuan kimia yang paling penting. Ia merupakan bahan elastik yang teguh yang boleh dibentuk menjadi gentian, bulu, kepingan, rod, dan tiub. Ia juga boleh dibuat dalam bentuk serbuk bagi kegunaan dalam operasi yang menggunakan acuan. | UMUM | |
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN | Reka bentuk perindustrian ialah proses merancang serta mengembangkan keluaran dan sistem. Pereka bentuk perindustrian mencipta keluaran untuk membentuk sesuatu tugas khusus. Keluaran mestilah menarik serta selamat, boleh diharap, dan mudah diselenggara. Keluaran itu hendaklah mudah dan tidak mahal untuk dibuat atau dikeluarkan. Pereka bentuk perindustrian mestilah menggabungkan kebolehan seni dengan pengetahuan tentang ilmu kejuruteraan, kos, bahan, proses pembuatan, dan keadaan pasaran. | UMUM | |
KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) | Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah nilai semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara sepanjang sesuatu tempoh. Ia merupakan salah satu ukuran paling meluas digunakan bagi melihat prestasi ekonomi keseluruhan sesebuah negara dalam satu tahun. | UMUM | |
TANAMAN | Tanaman ialah sejumlah besar tumbuhan daripada sebarang jenis yang ditanam untuk kegunaan manusia. Tanaman yang ditanam sebagai makanan manusia disebut tanaman makanan . Tanaman yang dimakan haiwan dinamakan tanaman makanan haiwan . Tanaman lain yang dinamakan tanaman serat, menghasilkan serat untuk dibuat pakaian dan keluaran-keluaran lain. Tanaman tertentu ditanam untuk menghiasi persekitaran manusia. | UMUM | |
TIMAH | Timah ialah unsur kimia dengan simbol Sn. Ia adalah logam putih yang telah digunakan oleh manusia sejak zaman dahulu. Kegunaan timah paling awal yang diketahui adalah pada lebih kurang tahun 35 000 S.M. di kota Ur di selatan Mesopotamia (kini Iraq). Penduduk Ur membuat barang daripada gangsa, iaitu aloi timah dan tembaga. Kini, timah digunakan terutamanya dalam pengeluaran plat timah, yang terdiri daripada keluli bersalut timah yang benar-benar nipis di kedua-dua belahnya. Kebanyakan plat timah dijadikan tin timah untuk pembungkusan makanan dan keluaran-keluaran lain. | UMUM | |
POLIETILENA | Polietilena ialah polimer sintetik yang utama, iaitu bahan penting dalam plastik. Keluaran plastik polietilena termasuk beg plastik dan bekas untuk susu dan minyak. Kira-kira satu per tiga daripada keluaran polimer sintetik adalah polietilena. | UMUM | |
TAR | Tar ialah mana-mana kumpulan cecair yang pekat, berminyak, berwarna perang tua atau hitam. Kebanyakan tar adalah keluaran sampingan proses penukaran bahan organik seperti batu arang, petroleum atau kayu menjadi keluaran perindustrian yang berguna. | UMUM | |
PARAFIN | Parafin ialah keluaran petroleum yang penting, yang digunakan terutamanya sebagai bahan api. Pada satu masa dahulu, lampu parafin ialah sumber utama lampu artifisial. Dalam industri petroleum, keluaran ini kadangkala dikenali sebagai kerosin. Ia dikenali sebagai kerosen di Amerika Utara atau apabila digunakan sebagai bahan api bagi enjin kapal terbang. Lihat Kerosin. | UMUM | |
MIL OAT | Mil oat ialah keluaran makanan yang dibuat daripada oat. Ia biasanya dimakan sebagai bijirin sarapan yang dimasak yang dinamakan bubur. Mil oat dibuat dengan membuang sekam luar isirung oat. Groat atau bahagian dalam isirung, dilecek untuk menanggalkan kulit luarnya. Kemudian, ia dikukus sebahagiannya masak, dan digelek untuk membentuk emping. Mil oat segera dimasak, didapati apabila groat dipotong menjadi kepingan yang lebih kecil sebelum digelek menjadi emping. Mil oat adalah sumber vitamin B dan zat besi yang baik. Satu cawan (240 gram) bubur mil oat mengandungi kira-kira 23 gram karbohidrat, lima gram protein, dua gram lemak. Satu cawan terdiri daripada kira-kira 85 peratus air dan mempunyai 130 kalori. | UMUM | |