Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lu.bi] | کلوبي

Definisi : sj tumbuhan (palma), asam paya, salak hutan, Zalacca conferta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lu.bi] | کلوبي

Definisi : nama sj palma yg tumbuh di kawasan yg berpaya; asam paya; salak hutan, Zalacca conferta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelubi

Puisi
 

Manis sungguh buah kelubi,
     Mari dibungkus dengan kertas;
Pandai sungguh puan berbudi,
     Garam tak masin lada pun tak pedas.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HALIM ANUAR

HALIM ANUAR (1932 -          ), penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1932 di Kampung Kelubi Dalam, Jitra, Kedah. Dia menggunakan nama samaran Malihan. Halim mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Jitra dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim dari tahun 1949 hingga tahun 1951. Selepas itu, dia belajar secara bersendirian hingga ke peringkat Higher School Certificate. Dalam bidang kerjaya, Halim pernah bertugas sebagai guru dan mengajar di Kulim, Kedah dan Pulau Pinang hinggalah dia bersara daripada jawatan tersebut.

SASTERATokoh

Kembali ke atas