Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu (spt kain dll) sbg pem­bungkus atau penutup, selubung; berkelubung bertutup (hampir) seluruh tubuh dan anggota dgn kain dll, berselubung: Bibah sedang duduk ~ dan hanya nampak matanya sahaja; mengelubungi 1. menutup (hampir) seluruh tubuh dan anggota dgn kain dll, menyelubungi; 2. ki meliputi: kabut yg ~ kawasan sekeliling. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelubung I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAIN KELUBUNG

KAIN KELUBUNG, kain atau selendang yang digunakan bagi menutup kepala atau sebahagian muka wanita. Kain kelubung juga dikatakan sebagai kain sarung kedua bagi wanita yang digunakan untuk menutup kepala dan separuh badan. Jika wanita tersebut masuk ke dalam rumah atau bertemu muhrim atau berada dalam majlis, kain ini diikat di pinggang sebagai kain dagang luar.

BUDAYAKraf Tangan
PAKAIAN KEPALA

PAKAIAN KEPALA, sesuatu yang dipakai di kepala sarna ada oleh orang lelaki atau perempuan.  Bagi orang lelaki, pakaian kepala termasuklah destar, tengkolok, tanjak, bebulan, semutar, topi, kopiah dan songkok.  Bagi wanita pula pakaian kepala disebut sebagai kain kelubung, selendang, kain tudung dan topi.

BUDAYAPakaian

Kembali ke atas